Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Thursday 27 December 2012

Sedikit perubahan untuk keselesaan




Assalamualaikum

   Kali ini kak ida tak dapat menulis panjang cuma nak menceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang kak ida bersama encik suami dan anak-anak lakukan di teraratak bekam kami.Sememangnya dah lama menunggu saat ini almaklumlah masing-masing sibuk, tapi apabila kedua-dua anak bujang balik bercuti barulah tercapai apa yang diimpikan.


Minggu lepas kami ada membuat gotong-royong menghias teratak bekam kami sempena menyambut ketibaan tahun baru ini.Harapan kak ida dengan sedikit perubahan ini dapat memberi keselesaan kepada pengunjung diteratak bekam kami...Biarlah gambar yang bercerita...

Kerja-kerja memeriksa dan membersihkan peralatan bekam
 
 
                Membersihkan cermin almari yang baru dipasang

 
              Si abang kepenatan menyorok layan lagu le tu...


Siap kerja pembersihan dan pemasangan
 
    

Bila tiba waktu malam cik abang2 ni tuntut upah pekena Wan Tan Mee kat kedai chinese muslim.
 
Sekian untuk kali ini semuga bertemu dilain waktu..wassalam.

Sila kunjungi blog kak ida di
bekamwanitamelaka.blogspot.com 

Tuesday 25 December 2012

Berbekam sebelum sakit

Assalamualaikum

Awal bicara kak ida memanjat kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan yang baik, semuga dengan segala kurnia ini dapatlah kak ida meneruskan khidmat rawatan bekam buat rakan rakan diluar sana.

Ribuan terima kasih juga kak ida ucapkan buat rakan-rakan yang datang menemui kak ida untuk berbekam dan juga untuk mereka yang sudi menghantar pesanan ringkas walaupun sekadar bertanya tentang kaedah rawatan bekam ini.

Terima kasih juga kak ida ucapkan buat cikgu Ain kerana sudi ke teratak kami untuk berbekam.Akhir-akhir ini ramai yang talipon bertanyakan soalan yang agak popular pada kak ida yaitu "bolehkah berbekam walaupun tiada penyakit?" Jawapan dari kak ida boleh...kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Kesimpulannya kebanyakan dari penyakit berpunca dari kolestrol yang tinggi, asid urik, toksid yang berlebihan.Jadi tak perlulah kita menunggu semua sisa-sisa ini terkumpul dengan banyak baru nak dibuang.Oleh itu amalan berbekam ini juga amat sesuai untuk mereka yang masih merasakan kesihatan mereka dalam keadaan baik.Untuk keterangan lanjut mengenai punca-punca penyakit dan kesembuhan melalui amalan berbekam bolehlah mengunjungi blog kak ida sendiri iaitu di bekamwanitamelaka.blogspot.com

Semuga diizinkan Allah SWT untuk kita bertemu lagi,wassalam...

Sunday 11 November 2012

Penyakit Gout dan Rawatan Bekam

Assalamualaikum

Dahulunya ketika masih kecil ana pernah mendengar satu istilah ' penyakit orang kaya'.Sehingga kini barulah ana memahami apa yang yang dimaksudkan dengan penyakit orang kaya ini.
Rupa- rupanya majoriti penghidap penyakit Gout ini adalah terdiri dari mereka yang banyak makan daging, ayam dan makanan laut seperti udang, sotong, siput, kerang dan lain-lain lagi.(gambar untuk hiasan sahaja)
Makanan seperti ini jika dimakan dengan banyak akan meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Pada zaman dahulu mungkin bagi orang kebanyakan untuk menikmati makanan seperti ini secara kerap adalah sukar disebabkan harganya yang agak mahal jika dibandingkan dengan masakan seperti sambal petai, pencuk pucuk ubi, turi masak lemak, gulai nangka dan ulam ulaman seperti jering, petai, ulam raja, tenggek burung dan lain lain lagi justeru itu kita jarang mendengar datuk dan nenek kia diserang penyakit ini, tidak seperti sekarang zaman telah berubah malah makanan yang berprotin tinggi ini telah menjadi sajian utama bagi keluarga kita.
.
Sebenarnya sakit Gout adalah berpunca daripada kristal-kristal asid urik yang terbentuk didalam sendi-sendi.Ia biasanya mula terbentuk di bahagian ibu jari kaki kerana asid urik ini mudah turun dan berkumpul kebahagian itu.

Tindak balas serangan imunisasi badan akan menyebabkan bahagian yang terlibat menjadi radang dan bengkak disertai dengan sakit yang amat sangat.Penyakit Gout ini kebiasaannya akan menyerang pada bila-bila masa tanpa tanda-tanda awal.
Pengambilan ubat-ubat moden hanya akan memberi kesan kesembuhan untuk sementara waktu sahaja.

Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mencegah dari terkena penyakit Gout ini walaupun kadang kala terjadi juga kes dimana serangan Gout ini tetap berlaku kepada mereka yang berhati  menjaga pemakanan mereka.

Mengikut pengalaman ana, InsyaAllah pesakit Gout yang datang menemui ana berpuashati dengan kaedah berbekam ini.Apabila kita berbekam di bahagian terkumpulnya asid urik itu secara langsung kita menyedut keluar terus asid urik tersebut.

Di bahagian kaki biasanya darah yang keluar berbuih-buih menandakan lebihan asid dan angin.Untuk kesembuhan maksima pesakit digalakkan berbekam 3 kali setiap minggu.

Kepada penghidap penyakit Gout boleh terus menghubungi ana untuk mendapatkan rawatan.Semuga dengan ikhtiar rawatan bekam gout ini dapat membantu kita dari kesakitan yang berpanjangan yang mana mungkin menyukarkankan untuk kita beribadah atau mencari rezeki InsyaAllah.

Sekian dari ana untuk semua wassalam...

 
 
 

Saturday 10 November 2012

Bekam Darah Tinggi

Assalamualaikum

Alhamdulillah bertemu lagi, walaupun kesibukan masa, ana mengambil sedikit kesempatan menjengah blog ini sebentar bagi  memberikan sedikit infomasi berkenaan rawatan bekam untuk penyakit darah tinggi.

Kali ini ana nak bercerita serba sedikit berkenaan penyakit yang amat popular dikalangan masyarakat kita ini iaitu penyakit Darah Tinggi (silent killer) dan keberkesanannya dengan kaedah rawatan bekam sunnah.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.Penyakit Darah Tinggi/Hypertension mula bertapak apabila keadaan seseorang itu didapati bacaan tekanan darahnya pada kedudukan 140/90 mm Hg keatas.Tekanan darah sebegini yang berterusan  akan menyebabkan jantung dipaksa berkerja dengan lebih kuat dari kebiasaannya.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan akan membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Tanpa perlu menolak rawatan moden ana menyeru kepada mereka yang menghidap penyakit darah tinggi ini cubalah amalkan kaedah berbekam ini, lakukanlah secara berkala seperti yang disyorkan perawat bekam.Setelah 3-4 kali rawatan dilakukan anda rasailah sendiri keberkesanannya.

InsyaAllah kalau ikhtiar ini serasi dengan anda secara tidak langsung dapat mengurangkan atau menghentikan penggunaan pil yang dibekalkan yang mana kita sendiri maklum penggunaan pil yang berpanjangan akan mengundang kerosakan pada buah pinggang pula.

 
Kaedah bekam darah ini amat bagus bagi merawat penyakit darah tinggi, migrain dan kencing manis.Ini adalah kerana semasa proses berbekam segala toksin, gula dan darah yang bermasalah yang berada dibawah kulit akan disedut keluar bersama darah bekam.InsyaAllah sembuh.
 
Sekian bicara ana buat kali ini semuga diizinkan Allah SWT kita dapat bertemu lagi, wassalam.


Tuesday 30 October 2012

Tetamu dari Tampin...

Assalamualaikum

Alhamdulillah bersua lagi kita dalam blog ini, semuga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk memudahkan kita beribadah dan meneruskan perjalanan hidup yang mendatang.
Hari Ahad yang lepas lebih kurang pukul 03:15 petang teratak bekam kami dikunjungi tetamu dari Tampin. Adik N bersama kakak,abang dan kakak iparnya datang untuk berbekam. Happy sangat rasanya disebabkan keramahan mereka.Cuma kakak iparnya yang tidak berbekam tapi dah pasang niat untuk melakukannya.
Hampir 3 jam proses membekam selesai juga akhirnya (maaf tiada gambar). Kepada adik N sekeluarga kak Ida nak ucapkan terima kasih kerana sudi ketempat kami. Maaf sekiranya ada kekurangan dari segi layanan mahupun keselesaan di teratak bekam kami.
Cukup buat kali ini yang dapat kak Ida ceritakan sebab malam ni ada seorang lagi gadis dari Serawak yang menetap di Muar nak datang berbekam InsyaAllah...

Semuga Bertemu lagi Wassalam





Tuesday 23 October 2012

Bekam putera sulong

Assalamualaikum

Alhamdulillah bertemu lagi kita, seminggu yang lepas anak sulong kak ida Muhammad Munir ada balik bercuti. Hari hari merengek minta dibekam maklumlah sudah hampir 6 bulan tidak berbekam. Tengok tengok badan pun dah berisi, mungkin kerana kat Darul Quran makan menepati masa, belum lagi makanan sampingan (jajan le tu...)

Dipendekkan cerita mari kita sama sama lihat hasil tangan kak ida ni...


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah selesai sesi berbekam semuga Muhammad Munir sihat dan dapat terus menyambung menghafaz Al Quran dengan mudah insyaAllah...
 
Semuga bertemu lagi...Wassalam.


 

Monday 22 October 2012

Masalah sakit bahu, belakang badan dan pinggang

Assalamualaikum

Alhamdulillah bertemu lagi, ana doakan kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT dan sentiasa teguh bersama didalam satu jemaah yang menyintai Rasulullah SAW.
Dua hari lepas ana didatangi seorang Jurugambar bebas mengadu sakit sakit dibahagian bahu, belakang dan pinggang. Setelah diberi serba sedikit penerangan maka kerja membekam pun dilakukan.Mari sama sama kita lihat apa yang selama ini menjadi punca kepada masalah beliau.


Proses awal untuk membuang angin dan mengumpul darah kotor


Darah mula keluar memasuki cup


Cuba kita lihat darah dibahagian tengkuk dan bahu


Darah dikawasan belikat, amati betul betul darah tu ada berapa lapisan warna?


Darah sebegini kalau dibiarkan apa akan jadi pada sistem tubuh kita?


Proses membekam berakhir semua sisa sisa darah telah dibersihkan.Tanda tanda ini akan hilang dalam tempoh 3-4 hari


InsyaAllah kepada mereka yang yakin akan rawatan bekam sunnah ini pasti akan merasai kelebihan kelebihannya dan terus meyakini apa saja amalan yang disarankan baginda Rasulullah SAW adalah yang terbaik buat umatnya.

sekian bicara dari ana, semuga bertemu lagi wassalam.





Dari wanita untuk wanita

Assalamualaikum

Alhamdulillah penuh kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi yang memberi kesempatan buat kak ida mencatat secebis pengalaman membekam . Sebelum ni kak ida langsung tidak berkesempatan nak menulis dalam blog ini disebabkan kesibukan tugas harian.

Mutakhir ini kak ida menerima banyak permintaan berbekam dari kaum wanita dari pelbagai peringkat usia. Biasanya rawatan dilakukan dirumah yang 'berhajat' untuk lebih privasi. Ada juga yang datang ke teratak bekam kami. Beberapa hari lepas selepas solat maghrib, kak ida bersama suami bergerak ke Tampin untuk memenuhi permintaan berbekam dari adik N. Terima kasih buat adik N yang telah memberi layanan baik kepada kami, rupa rupanya adik  N nervous juga maklumlah belum pernah berbekam. Namun kak ida memuji sikap beraninya,sebelum tamat sesi berbekam 10 cup datang pula rakan rakannya yang mungkin turut teruja untuk mengetahui kaedah rawatan bekam ini. Salah seorang rakannya adik A mencuba berbekam 2 cup. Petang tadi ke Paya Rumput untuk membekam kakak yang mengalami sakit lutut. Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik.


Set Bekam Sammora 30 cup hadiah dari hubby

Melihatkan permintaan dari kaum wanita semakin meningkat suami  menghadiahkan satu set bekam Sammora 30 cup buat kak ida. Gembiranya rasa hati kerana memang telah lama mengidamkan set bekam Sammora ni. Memang best guna set bekam baru ni, laju je buat kerja...

Untuk semua wanita diluar sana tak kira peringkat usia atau bangsa sekiranya berhajat untuk berbekam bolehlah menghubungi suami kak ida untuk temu janji.
Buat semua makcik,kakak dan adik adik yang pernah mendapat khidmat rawatan bekam dari kak ida terima kasih diucapkan semuga sembuh dari penyakit/masalah yang dihadapi.
Sekian dari kak ida buat kali ini...

Thursday 20 September 2012

Berita baik untuk wanita

Assalamualaikum

Syukur kehadrat Allah SWT dapat ana mencatat lagi buat kali ini. Apa yang hendak ana sampaikan ialah sedikit berita tentang pembekam wanita di teratak bekam ana. Selama ini ana sering dihubungi oleh wanita wanita diluar sana berhajat untuk mendapatkan khidmat Bekam. Ana tidak dapat memberikan jawapan pasti disebabkan kesibukan tugas isteri ana, Alhamdulillah sekarang isteri ana sudah dapat membahagikan sedikit ruang untuk memberi khidmat membekam.

Untuk para wanita yang berhajat untuk mendapat khidmat bekam dari isteri ana boleh terus menghubungi ana untuk dibuat temujanji mengikut kesesuaian waktu.

Pembekam wanita:

Puan Roshidah binti Yasir
Tel: 012-3944277

Sila call/sms untuk temujanji.

Sekian untuk kali ini semuga bertemu lagi Wassalam...

Friday 7 September 2012

Waktu rawatan di Terapi Bekam Melaka

Assalamualaikum

Dengan ruang masa yang terbatas ini ana mengambil kesempatan untuk berbicara serba sedikit tentang perkembangan teratak rawatan bekam yang ana usahakan selama ini.Sebelum itu ana memohon kepada Allah SWT agar kita semua semua sentiasa mendapat taufik dan hidayah dan sentiasa diberikan rahmatNya serta salam buat rasulullah SAW.

Sepanjang Ramadan yang lepas ana mengambil kesempatan melakukan kerja kerja ubah suai bilik rawatan bekam ana untuk sedikit keselesaan kepada pengunjung. Sebenarnya ukuran bilik tidaklah terlalu luas tetapi cukuplah sekadar menampung 4 orang pengunjung pada satu satu masa.
Di bawah ini ana paparkan beberapa gambar suasana dibilik bekam yang terlalu amat sederhana ini.




Suasana bilik bekam dan rawatan islam



Peralatan yang digunakan untuk membekam




Buat pengetahuan para pengunjung blog ana waktu rawatan bekam dan rawatan islam di tempat ana adalah seperti berikut :


Waktu rawatan

 Mengikut temujanji:           Isnin hingga Ahad ( kecuali hari rabu )
                                                           
                                               Sesi pagi    : 10:00 pg - 12:00 tghari
                                                         
                                               Sesi petang : 5:00 ptg - 6:30 ptg
                                                        
                                               Sesi malam : 8:00 mlm - 10:00 mlm

Caj Perkhimatan:                 RM 50.00 untuk 10 point bekam.
                                                ( point penyakit + point kesihatan )

Perkhidmatan ke rumah:    Sekitar Melaka - RM 10.00 - RM 20.00
                                               ( tambahan untuk kos pengangkutan)

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjalani rawatan bekam sunnah dan rawatan islam ini boleh menghubungi ana ( 012 - 3944277 ) untuk membuat temujanji.Sebarang pertanyaan adalah sangat dialu alukan.
Semuga dengan izin Allah satu hari nanti dapat kita bersua muka dan bersembang panjang sambil bertukar tukar fikiran InsyaAllah..

Semuga bertemu lagi...Wassalam

                                    



Kemaafan dipohon...

Assalamualaikum
Alhamdulillah saat ini ana masih lagi diberikan secebis kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menulis lagi didalam blog ana ini. Salam penuh kecintaan buat Rasulullah SAW semuga kita semua mendapat syafaat di padang masyar kelak. Buat ibu, isteri dan anak anak tersayang terima kasih ana ucapkan kerana sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada ana untuk terus memberikan perkhidmatan rawatan bekam dan rawatan islam ini kepada insan insan yang memerlukan...

 
Rasanya masih belum terlambat untuk ana mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ana, kepada insan insan yang pernah mendapatkan perkhidmatan ana atau yang pernah membaca blog ini ana memohon jutaan keampunan sekiranya ada salah dan silap ana sepanjang perkenalan samada ana sedari atau tanpa ana sedari...
Semuga hari hari mendatang yang bakal kita hadapi sentiasa diberkatinya InsyaAllah...
 
 
 

Thursday 19 July 2012

Yang di nanti nantikan....

Assalamualaikum
Penuh kesyukuran ana panjatkan kepada Allah SWT dengan izinNya dapatlah mencoretkan catatan yang kali ini mungkin agak ringkas dek kerana kesuntukan masa dihambat tanggung jawab seharian.Namun ana sentiasa berdoa agar kesibukan ini tidak menyebabkan ana terlalai dari mengingatimu ya Allah dan seterusnya menghakis rasa rindu ana terhadapmu ya Rasulullah...

Mutakhir ini ana sering kecundang ketika mengagihkan antara tugas seharian ana dengan aktiviti rawatan bekam dan rawatan islam, namun seboleh- bolehnya ana cuba tidak menghampakan permintaan dari rakan rakan diluar sana untuk mendapatkan khidmat ana.
Sempena menyambut kehadiran ramadhan al mubarak ini ana ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semuga setiap ibadah yang dilakukan sepanjang ramadan mendapat keberkatan dari Allah SWT kelak.
















Sepanjang bulan sya'ban ana menerima banyak permintaan untuk berbekam.Alhamdulillah kesedaran masyarakat khususnya penduduk negeri Melaka terhadap rawatan sunnah ini semakin meluas.Hinggakan pada satu ketika kerana kealpaan ana kehabisan jarum bekam dan terpaksa dioder.
Untuk makluman pengunjung blog ana pada bulan ramadhan ini rawatan bekam dijalankan hanya pada waktu malam sahaja( selepas solat sunat terawih ) bermula sekitar jam 10 malam. Bagi sesiapa berhajat boleh menghubungi ana untuk temujanji
Cukuplah buat setakat ini ana berbicara, semuga ramadhan ini menjadi sebuah institusi terbaik bagi menjana kekuatan iman dan amal khususnya buat ana dan rakan rakan semua.

Friday 13 April 2012

Jom Bekam....

Assalamualaikum
Semalam ana dapat panggilan talipon dari seorang sahabat, walaupun kami kerap berjumpa, beliau tidak penah menyatakan hasratnya untuk berbekam sedangkan dia tahu ramai rakan rakan ana dah menjalani kaedah rawatan ini. Rupa rupanya dia menyangka ana membekam menggunakan kaedah lama.
Temujanji dibuat, akhirnya proses bekam dilakukan dirumah beliau.



Ketika proses membekam dilakukan,  sahabat ana banyak bertanya tentang kaedah berbekam ni, apalagi ana teruslah menerang perihal kebaikan berbekam...setidak tidaknya dapatlah dapat meredakan darah gemuruhnya.Setelah selesai, sahabat ana seperti terpinga pinga kerana proses yang dilaluinya amat mudah dan lansung tidak menyakitkan.
Keesokan harinya dia menalipon ana menceritakan badannya terasa ringan dan terasa 'segar macam dulu dulu',lantas meminta ana membekamnya untuk 2 kali lagi pada bulan bulan yang akan datang,Alhamdulillah itulah kelebihan sunnah Rasulullah S,A.W
Kepada pengunjung blog ana diluar sana, ana sarankan cubalah kaedah rawatan bekam ini tak kira dimana sahaja dan rasailah sendiri kebaikannya.
Sekian untuk kali ini,  semuga Allah mengizinkan ana  berbicara lagi dimasa akan datang...wassalam

Monday 9 April 2012

Pedinding dengan A l - Muawwizat

Assalamualaikum

Dengan nama Allah ana mulakan catitan ini beserta selawat serta salam keatas baginda Rasulullah S.A.W. Kita sering mendengar kisah kisah gangguan yang sering berlaku ketika tidur.Memang menjadi kebiasaan pesakit yang datang menemui perawat mengadu mereka sering mengalami mimpi yang menakutkan,terkejut dari tidur sehingga tidak dapat melelapkan mata lagi hinggalah ke pagi.Ada juga kes si pesakit menjadi resah apabila menjelang waktu tidur kerana merasakan ada sesuatu yang akan berlaku ketika mereka tidur nanti. Situasi begini akan menyebabkan pelbagai kepincangan dalam kehidupan seharian.

Sebagai orang Islam tak perlulah kita tergopoh gapah mencari bahan bahan seperti pil tidur yang dikhuatiri akan membawa kesan sampingan dan juga ketagihan. Rasulullah S.A.W telah meninggalkan kita satu amalan yang terbaik untuk diamalkan iaitu amalan surah 3 Qul. Disini ana paparkan amalan yang diijazahkan oleh  YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din kepada ana dan perawat Darussyifa yang lain.





Cara beramal dengan surah al - Muawwizat.
  • Unjurkan kaki ke arah Kiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca sural Al - Fatihah
  • Tarik nafas kemudian tiupkan pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sedikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhan anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit
  • Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
Semuga dengan sedikit bingkisan dari ana ini dapatlah kita amalkan sebagai pendinding diri serta menghidupkan kembali amalan yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W pada suatu masa dahulu...Wassalam.

Sunday 1 April 2012

Apa itu Appendiks

Appendiks ialah lebihan dari usus perut,Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyebabkan kesakitan.Appendictis yang teruk akan menyebabkan appendiks pecah dan menyebabkan pembentukan nanah dalam rerongga abdomen.
Appendiks berbentuk tiub berhujung buntu yang pendek,kurus dan tersemat pada hujung sekum,fungsinya adalah tidak diketahui oleh manusia.Bengkak pada Appendiks dipanggil Radang Appendiks.


Radang Appendiks

Diantara sebab terjadinya Radang Appendiks ialah :
  •  Sisa makanan atau najis yang tersumbat dirongga dinding usus dn appendiks
  • Jangkitan virus pada sistem pencernaan atau radang radang yang lain
Pada kedua dua kes ia akan menyebabkan appendiks menjadi radang dan bernanah. Jika tiada rawatan diambil kemungkinan untuk appendiks pecah boleh berlaku.

Simptom simptom Radang Appendiks


Pada peringkat awal simptom yang kerap berlaku:

  •  Kesakitan mula dirasai dari bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga kebahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak disekitar tisu, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Sembelit
  • Sukar membuang angin.
  • Bengkak pada abdomen
  • Demam.


Rawatan untuk Radang Appendiks

Pembedahan adalah rawatan terbaik untuk radang appendiks. Pesakit hanya perlu menjalani pembedahan untuk membuang appendiks yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut biasanya memberikan kesembuhan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendiks pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan akan ditahan wad sehingga sihat.

Perhatian !!!

Appendiks boleh berulang walaupun sudah dibedah jika pantangnya tidak dijaga ataupun pembedahan appendiks tidak dilakukan dengan sempurna.Ia juga boleh berlaku sekiranya pangkal appendiks tidak berjaya ditemui sepenuhnya semasa pembedahan sebelumnya.

Artikel mengenai Radang Appendiks ini ana kutip dari blog blog yang ada dilaman sesawang, ana harap dengan adanya kesinambungan ilmu ini dapatlah memberi manafaat kepada pengunjung blog ana dan jutaan terima kasih kepada pemilik asal artikel ini semuga Allah memberi keberkatan dalam kehidupan kita semua InsyaAllah....Wassalam




Saturday 31 March 2012

Gejala Appendix pecah

Assalamualaikum
Segala puji bagi Allah yang maha pemurah serta maha mengasihani serta salam penuh kecintaan buat Rasulullah S.A.W pembawa rahmat sekelian alam.Semuga diampunkan segala dosa dosa yang pernah kita lakukan dengan sengaja mahupun dosa dosa yang tidak kita sedari.
Pukul 3:00 pagi mata masih segar macam dah kenal erti mengantuk.Talipon berbunyi...hati berderau, terpacul wajah ibu,kenapa dengan ibu? Itulah persoalan pertama didalam benak kepala, naluri seorang anak.Nombor yang tertera pada skrin hp tidak dikenali... tenang sedikit hati.
Rupa rupanya ana mendapat panggilan dari Rawang menceritakan tentang ayahnya yang berada di Hospital Besar Melaka telah diarahkan untuk dilakukan pembedahan diperut untuk kali kedua.
Sebenarnya sebelum ini ayahnya telah dimasukkan di wad CCU kerana "appendix pecah" ketika itulah ana dipanggil untuk mendoakannya. Rupa rupanya selang beberapa hari ayahnya telah dipindahkan ke wad biasa.Anak perempuannya dengan nada cemas memberitahu kalau boleh dia tidak mahu ayahnya dibedah lagi.Ana diminta datang ke hospital.
Pada paginya ana sampai ditemani Muhammad Munir anak sulong ana, kami disambut mesra oleh menantunya.Minta kebenaran mak guard... alhamdulillah Allah memudahkan urusan...Sampai dikatil ana terus memberi salam ayahnya menjawab dengan jelas sambil tersenyum.Melihat kesan jahit diperutnya ana berasa amat terharu.Masa yang diberikan terlalu singkat jadi tak dapatlah ana nak berlengah lengah,rawatan dan doa dipanjatkan kehadrat Ilahi semuga Allah memberikan kesembuhan penyakitnya.Sebelum pulang ana berpesan kepadanya sentiasalah berzikir dan menyebut nama Allah, dia mengangguk lemah.Hati terus teringat kepada ayah yang telah meninggalkan ana...
Diluar ana bertemu dengan anak anaknya yang berkumpul ditempat menunggu,timbul rasa kagum melihat  mereka amat mengambil berat perihal ayahnya.Ana memerhatikan anaknya yang menalipon ana tiada bersama mereka, menurut kakaknya mereka sekeluarga masih perjalanan.
Sebelah malamnya ketika ana bersantai bersama keluarga, ana mendapat mesej yang memaklumkan pendarahan yang dialami ayahnya telah berhenti. Beliau mengucapkan terima kasih dan memanjat rasa kesyukuran kehadrat ilahi kerana memperkenankan doa kami.
Doa ana semuga pakcik itu sembuh dari penyakitnya dan anak anaknya terus bersabar menghadapi ujian Allah ini....Wassalam

 ,

Friday 30 March 2012

Buat adik adik student...

Assalamualaikum
Alhamdulillah ...syukur kehadratNya dapat lagi rasanya ana menatap monitor ini untuk mencatatkan serba sedikit nukilan perjalanan hidup yang mana semuga menjadi ingatan khususnya kepada diri ana sendiri dan juga kepada sesiapa sahaja yang sudi menatap blog ana ini.
Semalam ana dikunjungi pelajar dari salah sebuah intitut pengajian tinggi di bandar Melaka yangmana sehari sebelumnya telah pun membuat temu janji untuk berbekam. Bila ditanyakan masalahnya beliau menunjukkan tanda tanda dibelakangnya hingga ke kaki seperti terkena penyakit campak.Menurut doktor ini disebabkan alahan yang dialaminya. Terus ana membekam sebanyak 9 point utama.Darah yang keluar agak kehitaman dan melekit.
Siap proses membekam ana meminta anak ana membelikan sebiji kelapa muda dan berbekalkan sebotol air doa Darussyifa, ana mendoakannya mengikut kaedah yang telah ana pelajari.Ini sahaja hadiah yang dapat berikan kepada beliau,semuga beliau diberikan kesembuhan dari Allah SWT, sentiasa bersabar dan tidak berputus asa mengubati penyakit yang hadapi sehingga sembuh.
Bila bercerita mengenai pelajar dari pusat pengajian tinggi ni, ana sering didatangi mereka yang meminta untuk dirawat. Pelbagai pemasalahan yang diluahkan seperti hilang mood nak study,putus cinta,gangguan,sukar tidur malam, histeria dan lain lain lagi. Ana rasa gembira bukan kerana mereka bertemu ana tapi kerana mereka dapat berfikir secara waras untuk memilih rawatan Islam dan tidak mengambil tindakan terburu buru menamatkan pembelajaran mereka atau mencari altenatif lain seperti menelan pil tidur,ectassy,syabu dan lain lain bahan yang terlarang.
Pesanan ana buat adik adik diluar sana sekiranya didatangi dugaan atau musibah, kembalilah kepada Islam baik dari segi peraturan hidup, ibadah dan juga rawatan InsyaAllah. Sebagaimana yang kita ketahui Allah amat mengasihi hambanya yang kembali kejalan yang benar.
Tiada apa lagi yang dapat ana catitkan biarlah ana akhiri buat sementara waktu... wassalam.

Wednesday 15 February 2012

Yang tak sepatutnya...

Assalamualaikum...
Pembuka bicara ana memanjat rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah dan juga kemudahan hidup sekeluarga sedangkan kiranya dibandingkan dengan amalan yang teramat sedikit rasanya tidak layaklah bagi ana untuk mengecapi segala nikmat sebegini.Begitu juga buatmu Rasulullah sempena menyambut detik peristiwa kelahiranmu maka amat terasa mulianya pengorbananmu demi menyelamatkan umatmu dari terus tersesat dalam kecelaruan dan tersasar dari tujuan.Tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya umatmu ini tidak dipandu oleh agama Islam yang dibawa olehmu.Sudah barang tentu kami ini terus bergelumang dalam kemungkaran dan betapa huru haranya dunia ini jadinya.Terima kasih Ya Rasulullah... semuga kami semua mendapat syafaat darimu kelak..

Sepanjang pengalaman ana sebagai perawat serpihan ni, sering ana menemui beberapa peristiwa yang agak pelik yang mana kadang kadang hinggakan mencarik kesabaran ana yang daif ini.Namun ana amat mengerti situasi si pesakit dan keluarganya yang mungkin terlalu lama menghadapi dugaan dari Allah SWT.Ketika berhadapan dengan mereka ini ana memang sudah dapat mengagak apakah soalan yang akan keluar dari mulut mereka, kebiasaannya tepat...

1. Ustaz ada berapa ekor jin dalam badan saya ni...
2.Tolong tengokkan siapa yang buat saya...
3.Saya ada saka turun dari mak ni...
4.Ustaz jiran sebelah tu pandang semacam je entah2 dia yang sihir saya kot...

Bagaimana nak jawab...?

Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku dizaman Rasulullah S.A.W ketika tiba sekumpulan manusia bertemu dengan nabi S.A.W, mereka menyangka baginda mengetahui perkara2 yang ghaib,lalu mereka menyembunyikan sesuatu didalam tangan mereka dan bertanya " beritahu kami apa benda yang berada didalam tangan kami?" Lantas baginda S.A.W menjawab dengan jelas " Aku bukanya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang ghaib,sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara yang ghaib) berada dalam neraka" Hadis Riwayat : Tirmidzi

Pelbagai lagi persoalan yang biasa didengar.Bagi ana apa yang penting apabila berhadapan dengan mereka ini adalah bertanyakan pemasalahan mereka, memberikan sedikit kata-kata peransang, memilih ayat Al Quran serta doa dan bahan2 yang besesuaian bagi mengubati penyakit mereka.
Kesilapan yang sering berlaku mereka menyangka kesembuhan itu berada ditangan perawat. Perkara begini yang sering ana terangkan kepada mereka agar sedar usaha dan ikthiar itu datang dari kita dan kesembuhan itu milik mutlak Allah SWT semata-mata.
Semuga dengan sedikit catatan ana dapat memberi peringatan khususnya buat diri ana dan rakan rakan yang sudi membaca blog ana ini. Wassalam....

Tuesday 14 February 2012

PERIHAL ORANG BUNIAN

(Penjelasan dari Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din)

Memang pernah saya menyebut dan mengulas tentang mahkluk halus, tetapi saya tidak menyebut secara mendalam mengenai orang bunian. Oleh kerana saudara berminat, maka saya cuba menjelaskannya. Makhluk halus yang dikenali dengan jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Adapun istilah orang bunian ataupun bunian sahaja, dalam masyarakat Melayu pernah difilemkan oleh allahyarham P. Ramlee yang menceritakan perihal masyarakat makhluk bunian. Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus. Ianya dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan yang mereka berumahtangga, beranak pinak dan bermasyarakat.

Ada yang mendakwa melihat bunian dan ada juga dakwaan manusia berkomunikasi dengan bunian sehingga boleh berjiran tetangga termasuk meminjam barang-barang harian. Betul atau tidak cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT lebih mengetahui.
Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi SAW menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.

Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir' atau 'ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia. Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan kehilangan Khurafah.
Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.
Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."
Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya. Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi SAW, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi SAW menyebut (maksudnya): "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang yang bernama Khurafah. Saya sebut kisah ini kerana saya lihat seolah-olahnya yang berlaku ini, mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya mereka boleh melakukan sama seperti manusia seperti dalam kisah Khurafah tersebut.
Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh soal orang bunian, menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu sehingga kini, bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama yang mempunyai masjid, surau dan bunyi azan, termasuk orang mengaji al-Quran dan sebagainya. Orang Melayu lebih percaya ianya dikaitkan dengan jin Islam.
Sememangnya Islam mengakui adanya jin Islam sebagaimana yang disebut dalam Suratul Jin. Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman (kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. Oleh itu memang ada kemungkinan, masyarakat bunian ini jika betul seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.
Dalam masyarakat manusia contohnya ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat Islam awal di zaman Rasulullah s.a.w di Madinah, dalam masyarakat ideal itupun wujud golongan munafik dari kalangan Islam. Seperti dalam masyarakat kita hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik dan Islam munafik dan sebagainya. Oleh itu apakah tidak mungkin dalam masyarakat bunian, berlaku sama seperti masyarakat manusia? Wallahua'lam.

Semuga dengan penjelasan dari Tuan Guru mengenai kewujudan kelompok masyarakat Bunian dapat menambah pengetahuan buat kita semua...InsyaAllah

Friday 6 January 2012

Keajaiban Sunnah Rasullah S.A.W

Assalamualaikum
Bersyukur keatas kurnia Allah yang tidak terhingga, sehinggakan setiap tarikan dan hembusan nafas ini terasa terlalu nikmat yang tidak ternilai walaupun dengan apa bentuk sekalipun dimuka bumi ini.Begitulah kasih sayang Allah terhadap hambanya.Apalagi disaat merenung kejadian kejadian yang telah ditakdirkan keatas kita, segelintir hambanya yang sihat diduga dengan penyakit dan ada pula hambanya yang sakit diberikan kesembuhan.Segala yang tersurat pasti ada yang tersirat, kepada yang sedang menghadapi penyakit bersabarlah...dan kepada yang telah sembuh bersyukurlah...apa yang penting kita sentiasa berikhtiar mencari penawar penyakit menurut apa yang dibenarkan syarak.Yakinlah janji Allah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali Maut...
Minggu lepas anakanda sulong ana Muhammad Munir pulang bercuti dari pengajiannya di Darul Quran.Ketika berbual, dia mengadu kebelakangan ini dia sering sakit kepala dan meminta untuk dibekam.Keesokan harinya ana terus melakukan terapi bekam dibahagian kepalanya.Sekeping dua gambar buat tatapan semua...



Bahagian atas kepala dipam terlebih dahulu
Darah kotor mula keluar dari bahagian yang bermasalah

Darah kelihatan agak pekat seperti Jelly

Sebahagian dari sisa darah yang berjaya dikeluarkan...Alhamdulillah


Kesannya....? Dengan izin Allah S.W.T sehingga hari ini anakanda ana tidak lagi diserang sakit kepala.Semuga Allah memberkati ikhtiar rawatan sunnah ini dan diberi kemudahan kepada anakanda ana untuk terus menghafaz kalam Allah dengan lancar InsyaAllah...
Sebenarnya telah ramai yang ana rawat melalui kaedah terapi bekam ini tapi ana tidak post gambarnya kerana ana tidak sempat meminta keizinan dari pemilik gambar tersebut, jadi setiap gambar bekam pesakit itu ana simpan sebagai rekod rawatan.
Semuga Allah mengizinkan kita bertemu lagi...InsyaAllah.