Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Saturday 31 March 2012

Gejala Appendix pecah

Assalamualaikum
Segala puji bagi Allah yang maha pemurah serta maha mengasihani serta salam penuh kecintaan buat Rasulullah S.A.W pembawa rahmat sekelian alam.Semuga diampunkan segala dosa dosa yang pernah kita lakukan dengan sengaja mahupun dosa dosa yang tidak kita sedari.
Pukul 3:00 pagi mata masih segar macam dah kenal erti mengantuk.Talipon berbunyi...hati berderau, terpacul wajah ibu,kenapa dengan ibu? Itulah persoalan pertama didalam benak kepala, naluri seorang anak.Nombor yang tertera pada skrin hp tidak dikenali... tenang sedikit hati.
Rupa rupanya ana mendapat panggilan dari Rawang menceritakan tentang ayahnya yang berada di Hospital Besar Melaka telah diarahkan untuk dilakukan pembedahan diperut untuk kali kedua.
Sebenarnya sebelum ini ayahnya telah dimasukkan di wad CCU kerana "appendix pecah" ketika itulah ana dipanggil untuk mendoakannya. Rupa rupanya selang beberapa hari ayahnya telah dipindahkan ke wad biasa.Anak perempuannya dengan nada cemas memberitahu kalau boleh dia tidak mahu ayahnya dibedah lagi.Ana diminta datang ke hospital.
Pada paginya ana sampai ditemani Muhammad Munir anak sulong ana, kami disambut mesra oleh menantunya.Minta kebenaran mak guard... alhamdulillah Allah memudahkan urusan...Sampai dikatil ana terus memberi salam ayahnya menjawab dengan jelas sambil tersenyum.Melihat kesan jahit diperutnya ana berasa amat terharu.Masa yang diberikan terlalu singkat jadi tak dapatlah ana nak berlengah lengah,rawatan dan doa dipanjatkan kehadrat Ilahi semuga Allah memberikan kesembuhan penyakitnya.Sebelum pulang ana berpesan kepadanya sentiasalah berzikir dan menyebut nama Allah, dia mengangguk lemah.Hati terus teringat kepada ayah yang telah meninggalkan ana...
Diluar ana bertemu dengan anak anaknya yang berkumpul ditempat menunggu,timbul rasa kagum melihat  mereka amat mengambil berat perihal ayahnya.Ana memerhatikan anaknya yang menalipon ana tiada bersama mereka, menurut kakaknya mereka sekeluarga masih perjalanan.
Sebelah malamnya ketika ana bersantai bersama keluarga, ana mendapat mesej yang memaklumkan pendarahan yang dialami ayahnya telah berhenti. Beliau mengucapkan terima kasih dan memanjat rasa kesyukuran kehadrat ilahi kerana memperkenankan doa kami.
Doa ana semuga pakcik itu sembuh dari penyakitnya dan anak anaknya terus bersabar menghadapi ujian Allah ini....Wassalam

 ,

Friday 30 March 2012

Buat adik adik student...

Assalamualaikum
Alhamdulillah ...syukur kehadratNya dapat lagi rasanya ana menatap monitor ini untuk mencatatkan serba sedikit nukilan perjalanan hidup yang mana semuga menjadi ingatan khususnya kepada diri ana sendiri dan juga kepada sesiapa sahaja yang sudi menatap blog ana ini.
Semalam ana dikunjungi pelajar dari salah sebuah intitut pengajian tinggi di bandar Melaka yangmana sehari sebelumnya telah pun membuat temu janji untuk berbekam. Bila ditanyakan masalahnya beliau menunjukkan tanda tanda dibelakangnya hingga ke kaki seperti terkena penyakit campak.Menurut doktor ini disebabkan alahan yang dialaminya. Terus ana membekam sebanyak 9 point utama.Darah yang keluar agak kehitaman dan melekit.
Siap proses membekam ana meminta anak ana membelikan sebiji kelapa muda dan berbekalkan sebotol air doa Darussyifa, ana mendoakannya mengikut kaedah yang telah ana pelajari.Ini sahaja hadiah yang dapat berikan kepada beliau,semuga beliau diberikan kesembuhan dari Allah SWT, sentiasa bersabar dan tidak berputus asa mengubati penyakit yang hadapi sehingga sembuh.
Bila bercerita mengenai pelajar dari pusat pengajian tinggi ni, ana sering didatangi mereka yang meminta untuk dirawat. Pelbagai pemasalahan yang diluahkan seperti hilang mood nak study,putus cinta,gangguan,sukar tidur malam, histeria dan lain lain lagi. Ana rasa gembira bukan kerana mereka bertemu ana tapi kerana mereka dapat berfikir secara waras untuk memilih rawatan Islam dan tidak mengambil tindakan terburu buru menamatkan pembelajaran mereka atau mencari altenatif lain seperti menelan pil tidur,ectassy,syabu dan lain lain bahan yang terlarang.
Pesanan ana buat adik adik diluar sana sekiranya didatangi dugaan atau musibah, kembalilah kepada Islam baik dari segi peraturan hidup, ibadah dan juga rawatan InsyaAllah. Sebagaimana yang kita ketahui Allah amat mengasihi hambanya yang kembali kejalan yang benar.
Tiada apa lagi yang dapat ana catitkan biarlah ana akhiri buat sementara waktu... wassalam.