Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Friday 28 October 2011

ASMA

Kali ni ana nak bercerita tentang satu penyakit yang agak glamour dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit ASMA.Semalam ana dikunjungi sahabat karib ana yang baru pulang dari Hospital, dari raut wajahnya yang sedikit muram dia mula menceritakan perihal anaknya terpaksa ditahan wad kerana anaknya yang berusia 2 tahun disahkan menghidap penyakit Asma.Bayangkan kesukaran yang dihadapi baby itu.Kedatangannya bertemu ana untuk minta didoakan pada air dengan harapan diberi kesembuhan dari Allah.Ana hanya tukang baca, yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT.

Untuk penghidap penyakit Asma dewasa kaedah rawatannya:-

Bahan yang diperlukan

1. Air Mineral
2. 3 biji buah Petola
3. Gula Batu

Bacaan Doa

1. Asas 10
2. Au'uzubii'zzatillahi waqudrotihi...
3. Doa kesembuhan

Kaedah Rawatan

Semua bahan dibacakan doa.Potong bahagian hujung buah petola dan dimasukkan sedikit gula batu dan dicantumkan semula kedua bahagian yang dipotong tadi dengan disematkan menggunakan lidi atau distapple.Buah petola diletakkan diatas tudung periuk dan dipanggang sehingga agak masak, buah petola dipotong kecil dan diblender bersama air yang telah didoakan.Tapis bahan yang dikisar,minum air pada sebelah pagi dan malam.Tiga biji petola untuk 3 hari.Mohon kesembuhan dariNya.

Kaedah Rawatan Asma bagi kanak kanak insyaAllah akan ana ceritakan nanti...

Thursday 27 October 2011

KEMBARA SYIFA'

Memang telah ditakdirkan Allah semenjak kecil lagi ana meminati perubatan tradisi, dilahirkan dikampung tentu saja kita berpeluang melihat pelbagai kaedah perubatan yang menjadi altenatif bagi para ibu bapa dikampung. Kebetulan ana ini menghidapi pelbagai penyakit ketika kecil antara penyakit yang sentiasa menemani ana sehingga dewasa adalah penyakit Asma. Ana masih ingat akan klinik bulanan (kalau boleh ana katakan begitu...) seorang doktor berbangsa india yang akan tersenyum lebar apabila melihat ana bersama nenda menguak pintu klinik, regular patien kih kih kih...setelah menghadap sang doktor ambil ubat dan digenggaman terselit 3 biji gula gula, nafas yang sesak menjadi lapang. Itu cerita disiang hari boleh senyum senyum tetapi dimalam sebelumnya...ana cemburu melihat orang bernafas dengan sempurna sedangkan ana bersusah payah menarik nafas, leher bagai dijerut, disinilah bermulanya adegan rawatan tradisional oleh almarhumah ninda ana sesuatu yang amat mengerikan tetapi terpaksa dilakukan setiap kali diserang asma. Sebiji telur kampung ditelan mentah mentah... kesannya InsyaAllah lega dan dapatlah bertahan sehingga kepagi. Satu lagi kelemahan ana ialah mabuk ketika menaiki kenderaan. Berulang alik ke Singapura adalah rutin ana setiap kali musim cuti sekolah, beg plastik adalah syarat wajib bagi memulakan perjalanan. Menaiki bas ekpress di Melaka baru saja menghampiri bandar Muar kepala dah mula berpinar pinar, tekak dah mula meloya apalagi plastik dipegang stanby bila bila masa isi perut nak keluar...Setelah berulang ulang sekian lamanya hampir ana menjadi bahan ujikaji kaedah tradisional lagi iaitu mengantungkan kangkung dileher bagi mengelakkan termuntah ketika dalam perjalanan. Begitulah kasih seorang nenda...mujurlah petua itu tidak dilaksanakan kalau tidak terpaksalah ana berkalungkan kangkung setiap kali berada didalam bas.Ana menceritakan kisah ini sebenarnya ada kaitannya dengan apa yang telah ana pelajari dari tuan guru yang amat ana sanjungi iaitu YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pengasas Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (DARRUSSYIFA') dan juga dari para ustaz yang banyak mecurahkan ilmu sepanjang kuliah kami di Pusat Rawatan Daruussyifa' Solok Gaung Melaka sesi ke2.Banyak lagi ana nak cerita ni... InsyaAllah ana sambung lagi....

Tuesday 18 October 2011

KEBAIKAN BERBEKAM

  • Menghilangkan pengaruh sihir,bisa,santau dan racun.
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan 
  • Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam
  • Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat.pinggang dan urat sendi
  • Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar,kebas-kebas tangan dan kaki
  • Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah
  • Membantu menajamkan penglihatan


 


AL-HIJAMAH (BEKAM)


Bekam adalah kaedah rawatan dan pengubatan Rasulullah S.A.W dengan cara mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui sayatan atau torehan tipis atau tusukan jarum di permukaan kulit setelah disedut melalui gelas atau tanduk atau buluh atau 'cup' (kaedah yang terkini)

Rawatan bekam adalah salah satu warisan perubatan islam yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana rawatan bekam ini adalah cara untuk melepaskan angin dalam badan atau melepaskan darah kotor dari badan.

Diantara dalil-dalil yang dipetik dari Baginda S.A.W berkaitan bekam ialah:

  • Sesungguhnya cara rawatan yang paling baik dan utama yang patut kalian amalkan ialah hijamah (bekam)-"Soheh Bukhari pada no 2280 dan Soheh Muslim 2214"
  • Sebaik-baik rawatan yang kalian lakukan adalah hijamah -"HR Ahmad"
  • Pada malam aku diisrakkan aku tidak melawati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata "Wahai Muhammad suruhlah umatmu melakukan bekam"-HR Sunan Abu Daud