Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Friday 13 April 2012

Jom Bekam....

Assalamualaikum
Semalam ana dapat panggilan talipon dari seorang sahabat, walaupun kami kerap berjumpa, beliau tidak penah menyatakan hasratnya untuk berbekam sedangkan dia tahu ramai rakan rakan ana dah menjalani kaedah rawatan ini. Rupa rupanya dia menyangka ana membekam menggunakan kaedah lama.
Temujanji dibuat, akhirnya proses bekam dilakukan dirumah beliau.



Ketika proses membekam dilakukan,  sahabat ana banyak bertanya tentang kaedah berbekam ni, apalagi ana teruslah menerang perihal kebaikan berbekam...setidak tidaknya dapatlah dapat meredakan darah gemuruhnya.Setelah selesai, sahabat ana seperti terpinga pinga kerana proses yang dilaluinya amat mudah dan lansung tidak menyakitkan.
Keesokan harinya dia menalipon ana menceritakan badannya terasa ringan dan terasa 'segar macam dulu dulu',lantas meminta ana membekamnya untuk 2 kali lagi pada bulan bulan yang akan datang,Alhamdulillah itulah kelebihan sunnah Rasulullah S,A.W
Kepada pengunjung blog ana diluar sana, ana sarankan cubalah kaedah rawatan bekam ini tak kira dimana sahaja dan rasailah sendiri kebaikannya.
Sekian untuk kali ini,  semuga Allah mengizinkan ana  berbicara lagi dimasa akan datang...wassalam

Monday 9 April 2012

Pedinding dengan A l - Muawwizat

Assalamualaikum

Dengan nama Allah ana mulakan catitan ini beserta selawat serta salam keatas baginda Rasulullah S.A.W. Kita sering mendengar kisah kisah gangguan yang sering berlaku ketika tidur.Memang menjadi kebiasaan pesakit yang datang menemui perawat mengadu mereka sering mengalami mimpi yang menakutkan,terkejut dari tidur sehingga tidak dapat melelapkan mata lagi hinggalah ke pagi.Ada juga kes si pesakit menjadi resah apabila menjelang waktu tidur kerana merasakan ada sesuatu yang akan berlaku ketika mereka tidur nanti. Situasi begini akan menyebabkan pelbagai kepincangan dalam kehidupan seharian.

Sebagai orang Islam tak perlulah kita tergopoh gapah mencari bahan bahan seperti pil tidur yang dikhuatiri akan membawa kesan sampingan dan juga ketagihan. Rasulullah S.A.W telah meninggalkan kita satu amalan yang terbaik untuk diamalkan iaitu amalan surah 3 Qul. Disini ana paparkan amalan yang diijazahkan oleh  YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din kepada ana dan perawat Darussyifa yang lain.





Cara beramal dengan surah al - Muawwizat.
  • Unjurkan kaki ke arah Kiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca sural Al - Fatihah
  • Tarik nafas kemudian tiupkan pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sedikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhan anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit
  • Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
Semuga dengan sedikit bingkisan dari ana ini dapatlah kita amalkan sebagai pendinding diri serta menghidupkan kembali amalan yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W pada suatu masa dahulu...Wassalam.

Sunday 1 April 2012

Apa itu Appendiks

Appendiks ialah lebihan dari usus perut,Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyebabkan kesakitan.Appendictis yang teruk akan menyebabkan appendiks pecah dan menyebabkan pembentukan nanah dalam rerongga abdomen.
Appendiks berbentuk tiub berhujung buntu yang pendek,kurus dan tersemat pada hujung sekum,fungsinya adalah tidak diketahui oleh manusia.Bengkak pada Appendiks dipanggil Radang Appendiks.


Radang Appendiks

Diantara sebab terjadinya Radang Appendiks ialah :
  •  Sisa makanan atau najis yang tersumbat dirongga dinding usus dn appendiks
  • Jangkitan virus pada sistem pencernaan atau radang radang yang lain
Pada kedua dua kes ia akan menyebabkan appendiks menjadi radang dan bernanah. Jika tiada rawatan diambil kemungkinan untuk appendiks pecah boleh berlaku.

Simptom simptom Radang Appendiks


Pada peringkat awal simptom yang kerap berlaku:

  •  Kesakitan mula dirasai dari bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga kebahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak disekitar tisu, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Sembelit
  • Sukar membuang angin.
  • Bengkak pada abdomen
  • Demam.


Rawatan untuk Radang Appendiks

Pembedahan adalah rawatan terbaik untuk radang appendiks. Pesakit hanya perlu menjalani pembedahan untuk membuang appendiks yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut biasanya memberikan kesembuhan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendiks pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan akan ditahan wad sehingga sihat.

Perhatian !!!

Appendiks boleh berulang walaupun sudah dibedah jika pantangnya tidak dijaga ataupun pembedahan appendiks tidak dilakukan dengan sempurna.Ia juga boleh berlaku sekiranya pangkal appendiks tidak berjaya ditemui sepenuhnya semasa pembedahan sebelumnya.

Artikel mengenai Radang Appendiks ini ana kutip dari blog blog yang ada dilaman sesawang, ana harap dengan adanya kesinambungan ilmu ini dapatlah memberi manafaat kepada pengunjung blog ana dan jutaan terima kasih kepada pemilik asal artikel ini semuga Allah memberi keberkatan dalam kehidupan kita semua InsyaAllah....Wassalam