Appendiks berbentuk tiub berhujung buntu yang pendek,kurus dan tersemat pada hujung sekum,fungsinya adalah tidak diketahui oleh manusia.Bengkak pada Appendiks dipanggil Radang Appendiks.
Radang Appendiks
Diantara sebab terjadinya Radang Appendiks ialah :
- Sisa makanan atau najis yang tersumbat dirongga dinding usus dn appendiks
- Jangkitan virus pada sistem pencernaan atau radang radang yang lain
Pada kedua dua kes ia akan menyebabkan appendiks menjadi radang dan bernanah. Jika tiada rawatan diambil kemungkinan untuk appendiks pecah boleh berlaku.
Simptom simptom Radang Appendiks
Pada peringkat awal simptom yang kerap berlaku:
- Kesakitan mula dirasai dari bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga kebahagian bawah kanan abdomen.
- Jika radang merebak disekitar tisu, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
- Loya dan muntah muntah.
- Hilang selera makan.
- Sembelit
- Sukar membuang angin.
- Bengkak pada abdomen
- Demam.
Rawatan untuk Radang Appendiks
Pembedahan adalah rawatan terbaik untuk radang appendiks. Pesakit hanya perlu menjalani pembedahan untuk membuang appendiks yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut biasanya memberikan kesembuhan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendiks pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan akan ditahan wad sehingga sihat.
Perhatian !!!
Appendiks boleh berulang walaupun sudah dibedah jika pantangnya tidak dijaga ataupun pembedahan appendiks tidak dilakukan dengan sempurna.Ia juga boleh berlaku sekiranya pangkal appendiks tidak berjaya ditemui sepenuhnya semasa pembedahan sebelumnya.
Artikel mengenai Radang Appendiks ini ana kutip dari blog blog yang ada dilaman sesawang, ana harap dengan adanya kesinambungan ilmu ini dapatlah memberi manafaat kepada pengunjung blog ana dan jutaan terima kasih kepada pemilik asal artikel ini semuga Allah memberi keberkatan dalam kehidupan kita semua InsyaAllah....Wassalam
sy nk tnye pndapat..
ReplyDeletesy ade simptom sakit bhagian bwh pusat n bjalan skit.adakah tanda?g klinik doc ckp xde appendiks.sy dh cirit birit n xslera mkn.bru mlm td je mula skit.