Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Saturday 24 December 2011

Cerita kolam pancing Koperasi Darussyifa' Sg Rambai

Assalamualaikum
Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan keizinan Allah.Pagi ni keluar agak lewat sikit bawa anak anak pergi bersarapan roti telur bersalut telur.Agak menghairankan dan untuk pertama kali kami menikmati juadah seperti ini, rasa macam murtabak pun ada.Memang sedap dan harga pun agak munasabah.Selepas besarapan terus ke klinik Darussyifa di Sg Rambai, pada awalnya ana hanya bercadang nak beli kapur kerang dari ustaz Ahmad kerana ada pesakit ana yang berhajat.Nak merawat rasanya tak larat sebab badan pun belum pulih sepenuhnya tapi sampai saja di pintu hadapan ustaz Md Delan dah hulurkan borang pesakit untuk ana rawat.Ana hanya tersenyum dan bermohon perlindungan dari Allah dan berharap diberikan kekuatan,dengan izinNya dapatlah ana merawat 5 orang pesakit.
Lepas merawat bersama anak anak meronda disekitar kolam pancing milik koperasi Darussyifa' yang terletak bersebelahan klinik rawatan.Dapatlah ana ambil beberapa keping gambar untuk tatapan semua.Semuga bagi kaki pancing dapat sedikit maklumat dari blog ana ini...


Cuaca yang baik dan pemandangan yang menarik di tepian kolam pancing


Kebetulan bertemu dengan seorang pemancing tegar baru mendapat hasil seekor Siakap
Siakap yang beratnya hampir 1 kilo berjaya dinaikkan oleh pemancing

Semuga segala maklumat yang ana paparkan dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog ana kelak.Semuga bertemu lagi...wassalam.

Thursday 22 December 2011

Kaedah Rawatan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum
Musim cuti sekolah ni memang agak sibuk, jadi kenalah bahagikan masa antara tugas utama harian,merawat dan membekam.Dalam masa yang sama ana pun tak berapa sihat seminggu dua ni.Ramai yang call ana bertanyakan perihal bekam ni,macamana nak mendapatkan perkhidmatan dan berapa pula bayaran yang dikenakan.Kebiasaannya ana membekam 9 point utama dengan harga RM 45.00.Ada juga meminta ana datang kerumah, pun boleh juga cuma ana meminta tambahan kos pengangkutan anatara RM 10 - RM 15 untuk rawatan dalam Melaka.
Titik Bekam untuk penyakit Asma


Seperkara yang amat menggembirakan ana ialah kesedaran masyarakat Islam kini kembali menghidupkan kaedah rawatan yang pernah digunakan oleh junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.Cuma apa yang kita perlu sedar ikhtiar dari kita kesembuhan itu mutlak dari Allah S.W.T, apabila kita mendapatkan rawatan jangankah selalu bertanya bila nak sembuh kerana secara tidak langsung kita mempertikaikan takdir yang ditentukan Allah S.W.T apa yang penting kita tidak berputus asa dan terus istiqomah semuga kesakitan yang kita tanggung ini turut mengundang pahala atas kesabaran kita insyaAllah...

Wednesday 21 December 2011

Perasmian Darussyifa' Cawangan Sg Rambai

Majlis perasmian Darussyifa' cawangan Sg Rambai selamat disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr Haron Din pada tanggal 10 Muharram 1433H bersamaan 06 Disember 2011.Semuga usaha murni ini memberi manafaat kepada masyarakat setempat dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T InsyaAllah.


Tuan Guru menyampaikan amanat kepada para perawat selepas solat hajat
Papan tanda dipintu masuk Darussyifa' cawangan Sg Rambai

InsyaAllah hingga bertemu lagi

Friday 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha adalah lambang pengorbanan bagi umat manusia yang bertuhankan Allah SWT.Bagaimana peristiwa yang berulang kali diceritakan semenjak dulu lagi sudah menjadi sebati dalam jiwa kita.Adakah kita benar benar menghayati hakikat pengorbanan.Mari kita sama sama menoleh sejenak melihat sebuah keluarga yang diuji Allah SWT ketakwaan, kesabaran dan kekuatan iman mereka. Mereka juga manusia biasa seperti kita.Mereka adalah insan insan mulia yang dipilih Allah SWT untuk dirakam peristiwa tentang pengorbanan agung yang menjadi iktibar kepada umat selepasnya sehinggalah hari ini. Nabi Ibrahim a.s adalah seorang nabi dan rasul yang diberi gelaran Khalil Ullah.Bersama anaknya Nabi Ismail a.s baginda membina Kaabah dan dikenali sebagai pengasas Kaabah yang menjadi kiblat kepada manusia sehinggalah ke akhir zaman.Sebagai seorang ayah yang bertakwa bersama isteri baginda Siti Hajar yang solehah baginda diperintah Allah untuk mengorbankan anaknya nabi Ismail a.s.Ketaatan baginda sekerluarga mematuhi perintah Allah SWT telah membuktikan kepada kita sifat takwa itu akan melahirkan manusia patuh, bertawakal, berjiwa besar,bersemangat kental dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Inilah semangat yang dapat kita ambil dari peristiwa ini bukan sekadar menyembelih dan melapah daging lembu yang dikorbankan pada hari tersebut.

Friday 28 October 2011

ASMA

Kali ni ana nak bercerita tentang satu penyakit yang agak glamour dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit ASMA.Semalam ana dikunjungi sahabat karib ana yang baru pulang dari Hospital, dari raut wajahnya yang sedikit muram dia mula menceritakan perihal anaknya terpaksa ditahan wad kerana anaknya yang berusia 2 tahun disahkan menghidap penyakit Asma.Bayangkan kesukaran yang dihadapi baby itu.Kedatangannya bertemu ana untuk minta didoakan pada air dengan harapan diberi kesembuhan dari Allah.Ana hanya tukang baca, yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT.

Untuk penghidap penyakit Asma dewasa kaedah rawatannya:-

Bahan yang diperlukan

1. Air Mineral
2. 3 biji buah Petola
3. Gula Batu

Bacaan Doa

1. Asas 10
2. Au'uzubii'zzatillahi waqudrotihi...
3. Doa kesembuhan

Kaedah Rawatan

Semua bahan dibacakan doa.Potong bahagian hujung buah petola dan dimasukkan sedikit gula batu dan dicantumkan semula kedua bahagian yang dipotong tadi dengan disematkan menggunakan lidi atau distapple.Buah petola diletakkan diatas tudung periuk dan dipanggang sehingga agak masak, buah petola dipotong kecil dan diblender bersama air yang telah didoakan.Tapis bahan yang dikisar,minum air pada sebelah pagi dan malam.Tiga biji petola untuk 3 hari.Mohon kesembuhan dariNya.

Kaedah Rawatan Asma bagi kanak kanak insyaAllah akan ana ceritakan nanti...

Thursday 27 October 2011

KEMBARA SYIFA'

Memang telah ditakdirkan Allah semenjak kecil lagi ana meminati perubatan tradisi, dilahirkan dikampung tentu saja kita berpeluang melihat pelbagai kaedah perubatan yang menjadi altenatif bagi para ibu bapa dikampung. Kebetulan ana ini menghidapi pelbagai penyakit ketika kecil antara penyakit yang sentiasa menemani ana sehingga dewasa adalah penyakit Asma. Ana masih ingat akan klinik bulanan (kalau boleh ana katakan begitu...) seorang doktor berbangsa india yang akan tersenyum lebar apabila melihat ana bersama nenda menguak pintu klinik, regular patien kih kih kih...setelah menghadap sang doktor ambil ubat dan digenggaman terselit 3 biji gula gula, nafas yang sesak menjadi lapang. Itu cerita disiang hari boleh senyum senyum tetapi dimalam sebelumnya...ana cemburu melihat orang bernafas dengan sempurna sedangkan ana bersusah payah menarik nafas, leher bagai dijerut, disinilah bermulanya adegan rawatan tradisional oleh almarhumah ninda ana sesuatu yang amat mengerikan tetapi terpaksa dilakukan setiap kali diserang asma. Sebiji telur kampung ditelan mentah mentah... kesannya InsyaAllah lega dan dapatlah bertahan sehingga kepagi. Satu lagi kelemahan ana ialah mabuk ketika menaiki kenderaan. Berulang alik ke Singapura adalah rutin ana setiap kali musim cuti sekolah, beg plastik adalah syarat wajib bagi memulakan perjalanan. Menaiki bas ekpress di Melaka baru saja menghampiri bandar Muar kepala dah mula berpinar pinar, tekak dah mula meloya apalagi plastik dipegang stanby bila bila masa isi perut nak keluar...Setelah berulang ulang sekian lamanya hampir ana menjadi bahan ujikaji kaedah tradisional lagi iaitu mengantungkan kangkung dileher bagi mengelakkan termuntah ketika dalam perjalanan. Begitulah kasih seorang nenda...mujurlah petua itu tidak dilaksanakan kalau tidak terpaksalah ana berkalungkan kangkung setiap kali berada didalam bas.Ana menceritakan kisah ini sebenarnya ada kaitannya dengan apa yang telah ana pelajari dari tuan guru yang amat ana sanjungi iaitu YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pengasas Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (DARRUSSYIFA') dan juga dari para ustaz yang banyak mecurahkan ilmu sepanjang kuliah kami di Pusat Rawatan Daruussyifa' Solok Gaung Melaka sesi ke2.Banyak lagi ana nak cerita ni... InsyaAllah ana sambung lagi....

Tuesday 18 October 2011

KEBAIKAN BERBEKAM

  • Menghilangkan pengaruh sihir,bisa,santau dan racun.
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan 
  • Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam
  • Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat.pinggang dan urat sendi
  • Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar,kebas-kebas tangan dan kaki
  • Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah
  • Membantu menajamkan penglihatan


 


AL-HIJAMAH (BEKAM)


Bekam adalah kaedah rawatan dan pengubatan Rasulullah S.A.W dengan cara mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui sayatan atau torehan tipis atau tusukan jarum di permukaan kulit setelah disedut melalui gelas atau tanduk atau buluh atau 'cup' (kaedah yang terkini)

Rawatan bekam adalah salah satu warisan perubatan islam yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana rawatan bekam ini adalah cara untuk melepaskan angin dalam badan atau melepaskan darah kotor dari badan.

Diantara dalil-dalil yang dipetik dari Baginda S.A.W berkaitan bekam ialah:

  • Sesungguhnya cara rawatan yang paling baik dan utama yang patut kalian amalkan ialah hijamah (bekam)-"Soheh Bukhari pada no 2280 dan Soheh Muslim 2214"
  • Sebaik-baik rawatan yang kalian lakukan adalah hijamah -"HR Ahmad"
  • Pada malam aku diisrakkan aku tidak melawati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata "Wahai Muhammad suruhlah umatmu melakukan bekam"-HR Sunan Abu Daud