Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Thursday 27 October 2011

KEMBARA SYIFA'

Memang telah ditakdirkan Allah semenjak kecil lagi ana meminati perubatan tradisi, dilahirkan dikampung tentu saja kita berpeluang melihat pelbagai kaedah perubatan yang menjadi altenatif bagi para ibu bapa dikampung. Kebetulan ana ini menghidapi pelbagai penyakit ketika kecil antara penyakit yang sentiasa menemani ana sehingga dewasa adalah penyakit Asma. Ana masih ingat akan klinik bulanan (kalau boleh ana katakan begitu...) seorang doktor berbangsa india yang akan tersenyum lebar apabila melihat ana bersama nenda menguak pintu klinik, regular patien kih kih kih...setelah menghadap sang doktor ambil ubat dan digenggaman terselit 3 biji gula gula, nafas yang sesak menjadi lapang. Itu cerita disiang hari boleh senyum senyum tetapi dimalam sebelumnya...ana cemburu melihat orang bernafas dengan sempurna sedangkan ana bersusah payah menarik nafas, leher bagai dijerut, disinilah bermulanya adegan rawatan tradisional oleh almarhumah ninda ana sesuatu yang amat mengerikan tetapi terpaksa dilakukan setiap kali diserang asma. Sebiji telur kampung ditelan mentah mentah... kesannya InsyaAllah lega dan dapatlah bertahan sehingga kepagi. Satu lagi kelemahan ana ialah mabuk ketika menaiki kenderaan. Berulang alik ke Singapura adalah rutin ana setiap kali musim cuti sekolah, beg plastik adalah syarat wajib bagi memulakan perjalanan. Menaiki bas ekpress di Melaka baru saja menghampiri bandar Muar kepala dah mula berpinar pinar, tekak dah mula meloya apalagi plastik dipegang stanby bila bila masa isi perut nak keluar...Setelah berulang ulang sekian lamanya hampir ana menjadi bahan ujikaji kaedah tradisional lagi iaitu mengantungkan kangkung dileher bagi mengelakkan termuntah ketika dalam perjalanan. Begitulah kasih seorang nenda...mujurlah petua itu tidak dilaksanakan kalau tidak terpaksalah ana berkalungkan kangkung setiap kali berada didalam bas.Ana menceritakan kisah ini sebenarnya ada kaitannya dengan apa yang telah ana pelajari dari tuan guru yang amat ana sanjungi iaitu YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pengasas Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (DARRUSSYIFA') dan juga dari para ustaz yang banyak mecurahkan ilmu sepanjang kuliah kami di Pusat Rawatan Daruussyifa' Solok Gaung Melaka sesi ke2.Banyak lagi ana nak cerita ni... InsyaAllah ana sambung lagi....

No comments:

Post a Comment