Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Tuesday 9 December 2014

Ziarah Bekam ke Kuantan Pahang.

Asssalamualaikum      

Dengan lafaz kalimah Bismillahirramanirrahim saya mulakan catatan mengenai sedikit pengalaman aktiviti membekam lebih lebih lagi setelah sekian lama meninggalkan blog ini dek kesibukan yang seperti tiada penghujungnya.  

Alhamdulillah permintaan berbekam semakin meningkat, secara tak langsung sambutan sebegini menjadi tanda aras bahawa masyarakat islam telah kembali kepada amalan sunnah. Sedikit pesanan dari saya sebelum datang berbekam berniatlah didalam hati untuk melakukan sunnah Rasulullah S.A.W. Semuga Allah memberikan kesembuhan kepada penyakit yang kita alami...

Beberapa bulan yang lepas yang lepas saya bersama isteri ke Tg Lumpur, Kuantan Pahang. Tujuan utama ialah untuk menziarahi anakanda kami Nurhalim yang belajar disana. Sebelum kedatangan kami anakanda dah berpesan bawa alatan bekam.  
Pada awalnya saya merasa agak pelik sampaikan hari yang sepatutnya kami bercuti pun masih nak kena bawa alatan bekam. Menurutnya ada seorang dua kawan - kawannya nak mencuba berbekam. Oklah ikutkan ajalah...            

Sampai di Kuantan cari penginapan terlebih dahulu...rehatkan badan di hotel Mega View yang terletak betul betul di tepian sungai Pahang. Selepas asar bergerak ke Tg Lumpur menuju kediaman anakanda kami di kampus mahasiswa.

         











Pemandangan dari tingkap hotel waktu siang dan malam amat mengasyikkan

Setibanya disana disambut oleh rakan rakan mahasiswa yang lain. Tak boleh tunggu lama lama terus melakukan kerja kerja membekam sambil dibantu anakanda kami. Selesai membekam lewat petang. Malam kena datang lagi untuk menunaikan hajat mahasisiwi pula, tugas puan isteri le pulak. Cup x cukup 10 orang cuma dapat sorang 3 cup aja. Kata isteri riuh rendah gelagat putri - putri jurusan Syariah  Ekonomi & Perbankan Islam anjuran Mara ni.

          
























Pada awalnya yang nak berbekam 2-3 orang rupa-rupanya lebih 10 orang yang berhajat

Lebih kurang pukul 10:30 malam siap segala tugasan. Sebelum pulang ke hotel singgah makan di kedai ikan bakar Ana Petai. Memang terbaik dan terjamin kesegaran ikan dan sotongnya.
walau saya sendiri tinggal dikawasan yang terkenal dengan produk ikan bakar tetapi sesekali pekena ikan segar ditempat orang memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hantar semula anakanda kami ke kampus kediamannya dan sampai di hotel pukul 12:30 malam.

  













Sebelum melelapkan mata isteri bertanya satu soalan yang tak dapat saya jawab sehingga kini..." Bang...kita ni bercuti ke bekerja?" Hihihi..entahlah memang dah nasib badan...kata saya.

Ada satu perasaan yang tak dapat dinafikan kami berdua ialah 'kepuasaan' apabila dapat memenuhi permintaan kepada yang berhajat, cuma kali ni saya terpaksa menanda tangani satu perjanjian dari puan isteri, kalau nak bercuti jangan sama sekali bawa peralatan bekam.    

Cukuplah setakat ini coretan dari saya, salam penuh ingatan dari kami berdua buat pengunjung2 yang datang ke teratak bekam kami dan kepada yang mengunjungi blog ini.