Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Saturday 23 February 2013

Terima kasih untuk segalanya...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi yang telah memberi sedikit kekuatan kepada ana untuk terus memberi khidmat rawatan bekam dan rawatan islam bagi memenuhi permintaan untuk sahabat sahabat yang berhajat.

Kelmarin ana dijemput oleh En Sha ke sebuah apartment untuk berbekam, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih untuk En Sha diatas layanan baik dan sudi bersembang sambil berkongsi pengalaman. Semuga Allah S.W.T membalas segala kebaikan En Sha dengan keberkatan dalam kehidupan pada setiap detik yang bakal dilalui...harapan ana satu ketika nanti dapatlah dipertemukan semula dengannya in syaa Allah...

Keesokan harinya pula dapat panggilan telefon untuk merawat di Hospital Besar Melaka. Kes pertama seorang gadis yang telah koma hampir 2 bulan tetapi telah mula sedar sehari sebelum ana datang merawat. Sebenarnya ana adalah perawat Darussyifa yang kedua datang mengunjunginya. Begitulah rutin bagi kami yang sentiasa berusaha memenuhi permintaan dari pesakit mengikut kesesuaian waktu masing masing.

Sebelum sempat melangkah keluar dari bilik ICU tangan ana disambar oleh seorang pemuda yang meminta mendoakan ayahnya yang terlantar di wad bersebelahan. Semuga Allah memberi kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan pelbagai penyakit ini.
Dibawah ini ana titipkan salah satu doa yang boleh diamalkan ketika kita diuji dengan penyakit.

 
Kepada sahabat sahabat yang kadangkala merasa resah atau hati berdebar debar digalakkan juga mengamalkan doa dibawah ini.
 

Begitu juga dengan mengamalkan doa dibawah ini dibaca sebanyak mungkin sebaiknya dijadikan zikir...



  Semuga dengan perkongsian kali ini dapatlah memberi sedikit menafaat kepada semua pengunjung blog ana ini. Ana cuma memanjang ilmu yang pernah ana pelajari satu ketika dahulu, semuga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita hendaknya...wassalam.

Sunday 17 February 2013

Ikhtiar Penawar Darah Tinggi, Kencing manis, Gout dan Kolestrol

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan keizinanNya dapat kita bertemu lagi dan semuga kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yang baik. Entri kali ini ana ingin memperkenalkan kepada sahabat sahabat sejenis bahan kekacang yang telah diamalkan sejak turun temurun untuk mengubati penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Ghout, dan Kolestrol berlebihan dalam badan dengan izin Allah S.W.T iaitu kekacang yang didapati dari buah Tunjuk Langit

Apabila mengetahui khasiatnya seperti yang diajar oleh salah seorang orang lama Darussyifa' ana mula mencari bahan ini sehinggalah diberi oleh bapa saudara ana ketika singgah minum dikedai kopi miliknya.Teruja sungguh hati nak mencuba tapi apabila dikunyah terasa pahit yang amat sangat hinggakan 2 gelas air tebu pun belum dapat menghilang rasa pahitnya. Terbantut hasrat untuk menjadikannya salah satu makanan kesihatan.

Minggu lepas ana ada terbaca dalam FB tentang produk Kapsul Tunjuk Langit tanpa berlengah ana terus menghubungi pengeluar produk ini, melihat testimoni dari pesakit yang menampakkan keberkesanannya ana terus bersetuju untuk menjadi pengedar pertama di negeri Melaka.
Bukan keuntungan yang menjadi keutamaan tetapi ana membeli produk ini diri ana sekeluarga dan juga kepada sahabat sahabat yang pernah sampai teratak bekam ana dan juga pengunjung blog ana sekiranya memerlukannya.


Produk ini dihasilkan oleh syarikat Kyuju Herbs and Health dari Johor, harga sebotol RM 60.00 mengandungi 60 biji kapsul. Peraturan mengambil ubat ini ialah bagi yang telah disahkan menghidap penyakit seperti yang dinyatakan hendaklah mengambilnya sebanyak 2 kapsul sehari iaitu sebiji disebelah pagi dan sebiji pada sebelah malam. In syaa Allah dalam tempoh 2 minggu - 4 minggu dapat dilihat kesannya.Bagi mereka yang berikhtiar untuk mencegah disarankan untuk mengambil 1 biji kapsul 2/3 hari sekali (seminggu 3 biji kapsul) Kepada pengamal kapsul Tunjuk Langit ini digalakkan meminum 8 gelas air setiap hari untuk membantu menyingkir bahan yang akan dibuang melalui saluran kencing.

Kepada yang berminat boleh menghubungi ana kerana stok pada ana hampir habis dan akan dioder sehari dua lagi. Untuk maklumat lanjut boleh search dalam FB taip Kapsul Tunjuk Langit- Mahogany Capsule.

Sekian sahaja buat kali ini dari ana wassalam...

 

Monday 4 February 2013

Rawatan Resdung kaedah bekam dan kaedah kain lilin

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah juga kita bertemu lagi,dengan keterbatasan waktu ana cuba untuk memberi sedikit maklumat tentang satu penyakit yang agak popular dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit Resdung.

Melalui pelbagai sumber rujukan, ana cuba untuk menerangkan seringkas mungkin agar mudah difahami oleh sahabat sahabat ana diluar sana yang mungkin telah lama menghadapi masalah ini.Semuga dengan sedikit penerangan ini dapat membantu.

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan hidung yang memilki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.



Tanda-tanda mengidap Resdung

Hidung selalu tersumbat, Keluar lendir dari hidung dan tekak, Sakit atau rasa berat muka terutamanya pada bahagian antara mata, Sakit tekak yang berpanjangan, Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan dan berulang, Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Menurut pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan  

"Salah satu punca penyakit Resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini pada setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dalam sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria"

Rawatan Resdung menggunakan kaedah bekam

Berbekam disekitar muka mengikut point point yang ditetapkan InsyaAllah dapat menyembuhkan masalah resdung dan jerawat secara maksimum kerana darah kotor telah dikeluarkan dan renegerate hormon akan aktif pada tempat yang dibekam.Fungsi renegerate hormon adalah memperbaiki segala masalah kepincangan organ/tisu pada tempat yang dibekam.

Titik bekam Resdung pada bahagian muka dan belakang badan

 
 
Rawatan penyakit Resdung menggunakan kaedah Darussyifa'
 
Amalan rawatan resdung ini antara yang diakui keberkesanannya dan langsung tidak menyakitkan.   Ana mempelajari kaedah ini ketika mengikuti kuliah yang disampaikan oleh ustaz Abd Rashid yang didatangkan dari dari Darussyifa' Bangi.
 
Bahan yang digunakan
 
1. Air yang didoakan
2. Kain lilin
 
Kombinasi doa
 
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Isra' ayat 82
 
Kepada sahabat sahabat diluar sana yang merasa agak gementar dengan kaedah tusukan jarum bolehlah menghubungi ana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan resdung menggunakan kain lilin ini.
 
Ana berhenti buat setakat ini dahulu semuga kehidupan kita sentiasa diberkati Alllah S.W.T
Wassalam...