Alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah juga kita bertemu lagi,dengan keterbatasan waktu ana cuba untuk memberi sedikit maklumat tentang satu penyakit yang agak popular dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit Resdung.
Melalui pelbagai sumber rujukan, ana cuba untuk menerangkan seringkas mungkin agar mudah difahami oleh sahabat sahabat ana diluar sana yang mungkin telah lama menghadapi masalah ini.Semuga dengan sedikit penerangan ini dapat membantu.
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan hidung yang memilki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Tanda-tanda mengidap Resdung
Hidung selalu tersumbat, Keluar lendir dari hidung dan tekak, Sakit atau rasa berat muka terutamanya pada bahagian antara mata, Sakit tekak yang berpanjangan, Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan dan berulang, Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Menurut pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan
"Salah satu punca penyakit Resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini pada setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dalam sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria"
Rawatan Resdung menggunakan kaedah bekam
Berbekam disekitar muka mengikut point point yang ditetapkan InsyaAllah dapat menyembuhkan masalah resdung dan jerawat secara maksimum kerana darah kotor telah dikeluarkan dan renegerate hormon akan aktif pada tempat yang dibekam.Fungsi renegerate hormon adalah memperbaiki segala masalah kepincangan organ/tisu pada tempat yang dibekam.
Titik bekam Resdung pada bahagian muka dan belakang badan
Rawatan penyakit Resdung menggunakan kaedah Darussyifa'
Amalan rawatan resdung ini antara yang diakui keberkesanannya dan langsung tidak menyakitkan. Ana mempelajari kaedah ini ketika mengikuti kuliah yang disampaikan oleh ustaz Abd Rashid yang didatangkan dari dari Darussyifa' Bangi.
Bahan yang digunakan
1. Air yang didoakan
2. Kain lilin
Kombinasi doa
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Isra' ayat 82
Kepada sahabat sahabat diluar sana yang merasa agak gementar dengan kaedah tusukan jarum bolehlah menghubungi ana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan resdung menggunakan kain lilin ini.
Ana berhenti buat setakat ini dahulu semuga kehidupan kita sentiasa diberkati Alllah S.W.T
Wassalam...
No comments:
Post a Comment