Assalamualaikum
Kali ini kak ida tak dapat menulis panjang cuma nak menceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang kak ida bersama encik suami dan anak-anak lakukan di teraratak bekam kami.Sememangnya dah lama menunggu saat ini almaklumlah masing-masing sibuk, tapi apabila kedua-dua anak bujang balik bercuti barulah tercapai apa yang diimpikan.
Minggu lepas kami ada membuat gotong-royong menghias teratak bekam kami sempena menyambut ketibaan tahun baru ini.Harapan kak ida dengan sedikit perubahan ini dapat memberi keselesaan kepada pengunjung diteratak bekam kami...Biarlah gambar yang bercerita...
Kerja-kerja memeriksa dan membersihkan peralatan bekam
Si abang kepenatan menyorok layan lagu le tu...
Siap kerja pembersihan dan pemasangan
Bila tiba waktu malam cik abang2 ni tuntut upah pekena Wan Tan Mee kat kedai chinese muslim.
Sekian untuk kali ini semuga bertemu dilain waktu..wassalam.
Sila kunjungi blog kak ida di
bekamwanitamelaka.blogspot.com
assalamualaikum..saya berminat dgn rawatan bekam...nk tumpang tanya..mengenai jarum yg digunakan untuk bekam..adakah setiap pesakit ditukar jarum nya..
ReplyDeletemaaf lambat reply sebenar setiap pesakit akan menggunakan jarum yang berlainan walaupun suami isteri atau anak anak terima kasih kerana sudi bertanya
DeleteMohon maaf nak bertanya. Pusat rawatan ni ade pengesahan dari mana2 pihak tak? Dan kaedah yg diguna pakai adakah melalui pengalaman sendiri ataupun melalui sesuatu kursus. Maaf cuma nak tahu sebelum datang ketempat tuan.
ReplyDeleteSebenarnya ana telah diijazahkan untuk mengamalkan rawatan bekam ini setelah mengikuti kursus bekam sunnah satu ketika dahulu.Terima kasih
Delete