Assalamualaikum
Awal bicara kak ida memanjat kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan yang baik, semuga dengan segala kurnia ini dapatlah kak ida meneruskan khidmat rawatan bekam buat rakan rakan diluar sana.
Ribuan terima kasih juga kak ida ucapkan buat rakan-rakan yang datang menemui kak ida untuk berbekam dan juga untuk mereka yang sudi menghantar pesanan ringkas walaupun sekadar bertanya tentang kaedah rawatan bekam ini.
Terima kasih juga kak ida ucapkan buat cikgu Ain kerana sudi ke teratak kami untuk berbekam.Akhir-akhir ini ramai yang talipon bertanyakan soalan yang agak popular pada kak ida yaitu "bolehkah berbekam walaupun tiada penyakit?" Jawapan dari kak ida boleh...kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Kesimpulannya kebanyakan dari penyakit berpunca dari kolestrol yang tinggi, asid urik, toksid yang berlebihan.Jadi tak perlulah kita menunggu semua sisa-sisa ini terkumpul dengan banyak baru nak dibuang.Oleh itu amalan berbekam ini juga amat sesuai untuk mereka yang masih merasakan kesihatan mereka dalam keadaan baik.Untuk keterangan lanjut mengenai punca-punca penyakit dan kesembuhan melalui amalan berbekam bolehlah mengunjungi blog kak ida sendiri iaitu di bekamwanitamelaka.blogspot.com
Semuga diizinkan Allah SWT untuk kita bertemu lagi,wassalam...
No comments:
Post a Comment