Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Sunday 5 June 2016

Hukum Berbekam Ketika Berpuasa.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1 Ramadan 1437

Assalamualaikum

Alhamdulillah....syukur kami panjatkan kepadamu ya Allah kerana masih lagi mengizinkan kami berada dibulanmu yang mulia ini, bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang dijanjikan segala ibadah yang dilakukan akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda darimu ya Allah....
Juga kami bermohon darimu ya Allah lindungilah kami dari melakukan apa saja perbuatan yang mendatangkan kemarahan dan kebencianmu terhadap kami, pandanglah kami dengan belas kasihanmu ya Allah...kasih sayangmu ya Allah...rahmatmu ya Allah...kami mohonkan
juga darimu ya Allah jadikanlah ibadah puasa kami kali ini lebih baik dari ibadah puasa kami sebelumnya ya Allah...amin ya robbil 'alamiinn..

Dikesempatan yang ada ini, saya Rahimi dan zaujah saya Rosidah ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang kami lakukan sepanjang tuan2 dan puan2 menjalani rawatan bekam ditempat kami....


HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari

2.

رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة

“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”

Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”

PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.

DALIL PENDAPAT INI:

1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.

Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:

“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

Jawapan dr ULAMA JUMHUR

“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).

KESIMPULAN

Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:

أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.

“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”

Hadis sahih Bukhari.

Kredit  kepada pihak Darulilmi diatas perkongsian ilmu.

Rahimi   - 01113034367 / 01132931649 (Lelaki)
Rosidah - 01123856096 (Wanita)