YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Saturday, 23 February 2013

Terima kasih untuk segalanya...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi yang telah memberi sedikit kekuatan kepada ana untuk terus memberi khidmat rawatan bekam dan rawatan islam bagi memenuhi permintaan untuk sahabat sahabat yang berhajat.

Kelmarin ana dijemput oleh En Sha ke sebuah apartment untuk berbekam, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih untuk En Sha diatas layanan baik dan sudi bersembang sambil berkongsi pengalaman. Semuga Allah S.W.T membalas segala kebaikan En Sha dengan keberkatan dalam kehidupan pada setiap detik yang bakal dilalui...harapan ana satu ketika nanti dapatlah dipertemukan semula dengannya in syaa Allah...

Keesokan harinya pula dapat panggilan telefon untuk merawat di Hospital Besar Melaka. Kes pertama seorang gadis yang telah koma hampir 2 bulan tetapi telah mula sedar sehari sebelum ana datang merawat. Sebenarnya ana adalah perawat Darussyifa yang kedua datang mengunjunginya. Begitulah rutin bagi kami yang sentiasa berusaha memenuhi permintaan dari pesakit mengikut kesesuaian waktu masing masing.

Sebelum sempat melangkah keluar dari bilik ICU tangan ana disambar oleh seorang pemuda yang meminta mendoakan ayahnya yang terlantar di wad bersebelahan. Semuga Allah memberi kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan pelbagai penyakit ini.
Dibawah ini ana titipkan salah satu doa yang boleh diamalkan ketika kita diuji dengan penyakit.

 
Kepada sahabat sahabat yang kadangkala merasa resah atau hati berdebar debar digalakkan juga mengamalkan doa dibawah ini.
 

Begitu juga dengan mengamalkan doa dibawah ini dibaca sebanyak mungkin sebaiknya dijadikan zikir...



  Semuga dengan perkongsian kali ini dapatlah memberi sedikit menafaat kepada semua pengunjung blog ana ini. Ana cuma memanjang ilmu yang pernah ana pelajari satu ketika dahulu, semuga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita hendaknya...wassalam.

Sunday, 17 February 2013

Ikhtiar Penawar Darah Tinggi, Kencing manis, Gout dan Kolestrol

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan keizinanNya dapat kita bertemu lagi dan semuga kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yang baik. Entri kali ini ana ingin memperkenalkan kepada sahabat sahabat sejenis bahan kekacang yang telah diamalkan sejak turun temurun untuk mengubati penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Ghout, dan Kolestrol berlebihan dalam badan dengan izin Allah S.W.T iaitu kekacang yang didapati dari buah Tunjuk Langit

Apabila mengetahui khasiatnya seperti yang diajar oleh salah seorang orang lama Darussyifa' ana mula mencari bahan ini sehinggalah diberi oleh bapa saudara ana ketika singgah minum dikedai kopi miliknya.Teruja sungguh hati nak mencuba tapi apabila dikunyah terasa pahit yang amat sangat hinggakan 2 gelas air tebu pun belum dapat menghilang rasa pahitnya. Terbantut hasrat untuk menjadikannya salah satu makanan kesihatan.

Minggu lepas ana ada terbaca dalam FB tentang produk Kapsul Tunjuk Langit tanpa berlengah ana terus menghubungi pengeluar produk ini, melihat testimoni dari pesakit yang menampakkan keberkesanannya ana terus bersetuju untuk menjadi pengedar pertama di negeri Melaka.
Bukan keuntungan yang menjadi keutamaan tetapi ana membeli produk ini diri ana sekeluarga dan juga kepada sahabat sahabat yang pernah sampai teratak bekam ana dan juga pengunjung blog ana sekiranya memerlukannya.


Produk ini dihasilkan oleh syarikat Kyuju Herbs and Health dari Johor, harga sebotol RM 60.00 mengandungi 60 biji kapsul. Peraturan mengambil ubat ini ialah bagi yang telah disahkan menghidap penyakit seperti yang dinyatakan hendaklah mengambilnya sebanyak 2 kapsul sehari iaitu sebiji disebelah pagi dan sebiji pada sebelah malam. In syaa Allah dalam tempoh 2 minggu - 4 minggu dapat dilihat kesannya.Bagi mereka yang berikhtiar untuk mencegah disarankan untuk mengambil 1 biji kapsul 2/3 hari sekali (seminggu 3 biji kapsul) Kepada pengamal kapsul Tunjuk Langit ini digalakkan meminum 8 gelas air setiap hari untuk membantu menyingkir bahan yang akan dibuang melalui saluran kencing.

Kepada yang berminat boleh menghubungi ana kerana stok pada ana hampir habis dan akan dioder sehari dua lagi. Untuk maklumat lanjut boleh search dalam FB taip Kapsul Tunjuk Langit- Mahogany Capsule.

Sekian sahaja buat kali ini dari ana wassalam...

 

Monday, 4 February 2013

Rawatan Resdung kaedah bekam dan kaedah kain lilin

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah juga kita bertemu lagi,dengan keterbatasan waktu ana cuba untuk memberi sedikit maklumat tentang satu penyakit yang agak popular dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit Resdung.

Melalui pelbagai sumber rujukan, ana cuba untuk menerangkan seringkas mungkin agar mudah difahami oleh sahabat sahabat ana diluar sana yang mungkin telah lama menghadapi masalah ini.Semuga dengan sedikit penerangan ini dapat membantu.

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan hidung yang memilki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.



Tanda-tanda mengidap Resdung

Hidung selalu tersumbat, Keluar lendir dari hidung dan tekak, Sakit atau rasa berat muka terutamanya pada bahagian antara mata, Sakit tekak yang berpanjangan, Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan dan berulang, Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Menurut pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan  

"Salah satu punca penyakit Resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini pada setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dalam sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria"

Rawatan Resdung menggunakan kaedah bekam

Berbekam disekitar muka mengikut point point yang ditetapkan InsyaAllah dapat menyembuhkan masalah resdung dan jerawat secara maksimum kerana darah kotor telah dikeluarkan dan renegerate hormon akan aktif pada tempat yang dibekam.Fungsi renegerate hormon adalah memperbaiki segala masalah kepincangan organ/tisu pada tempat yang dibekam.

Titik bekam Resdung pada bahagian muka dan belakang badan

 
 
Rawatan penyakit Resdung menggunakan kaedah Darussyifa'
 
Amalan rawatan resdung ini antara yang diakui keberkesanannya dan langsung tidak menyakitkan.   Ana mempelajari kaedah ini ketika mengikuti kuliah yang disampaikan oleh ustaz Abd Rashid yang didatangkan dari dari Darussyifa' Bangi.
 
Bahan yang digunakan
 
1. Air yang didoakan
2. Kain lilin
 
Kombinasi doa
 
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Isra' ayat 82
 
Kepada sahabat sahabat diluar sana yang merasa agak gementar dengan kaedah tusukan jarum bolehlah menghubungi ana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan resdung menggunakan kain lilin ini.
 
Ana berhenti buat setakat ini dahulu semuga kehidupan kita sentiasa diberkati Alllah S.W.T
Wassalam...
 
 
 
 








Thursday, 27 December 2012

Sedikit perubahan untuk keselesaan




Assalamualaikum

   Kali ini kak ida tak dapat menulis panjang cuma nak menceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang kak ida bersama encik suami dan anak-anak lakukan di teraratak bekam kami.Sememangnya dah lama menunggu saat ini almaklumlah masing-masing sibuk, tapi apabila kedua-dua anak bujang balik bercuti barulah tercapai apa yang diimpikan.


Minggu lepas kami ada membuat gotong-royong menghias teratak bekam kami sempena menyambut ketibaan tahun baru ini.Harapan kak ida dengan sedikit perubahan ini dapat memberi keselesaan kepada pengunjung diteratak bekam kami...Biarlah gambar yang bercerita...

Kerja-kerja memeriksa dan membersihkan peralatan bekam
 
 
                Membersihkan cermin almari yang baru dipasang

 
              Si abang kepenatan menyorok layan lagu le tu...


Siap kerja pembersihan dan pemasangan
 
    

Bila tiba waktu malam cik abang2 ni tuntut upah pekena Wan Tan Mee kat kedai chinese muslim.
 
Sekian untuk kali ini semuga bertemu dilain waktu..wassalam.

Sila kunjungi blog kak ida di
bekamwanitamelaka.blogspot.com 

Tuesday, 25 December 2012

Berbekam sebelum sakit

Assalamualaikum

Awal bicara kak ida memanjat kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan yang baik, semuga dengan segala kurnia ini dapatlah kak ida meneruskan khidmat rawatan bekam buat rakan rakan diluar sana.

Ribuan terima kasih juga kak ida ucapkan buat rakan-rakan yang datang menemui kak ida untuk berbekam dan juga untuk mereka yang sudi menghantar pesanan ringkas walaupun sekadar bertanya tentang kaedah rawatan bekam ini.

Terima kasih juga kak ida ucapkan buat cikgu Ain kerana sudi ke teratak kami untuk berbekam.Akhir-akhir ini ramai yang talipon bertanyakan soalan yang agak popular pada kak ida yaitu "bolehkah berbekam walaupun tiada penyakit?" Jawapan dari kak ida boleh...kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Kesimpulannya kebanyakan dari penyakit berpunca dari kolestrol yang tinggi, asid urik, toksid yang berlebihan.Jadi tak perlulah kita menunggu semua sisa-sisa ini terkumpul dengan banyak baru nak dibuang.Oleh itu amalan berbekam ini juga amat sesuai untuk mereka yang masih merasakan kesihatan mereka dalam keadaan baik.Untuk keterangan lanjut mengenai punca-punca penyakit dan kesembuhan melalui amalan berbekam bolehlah mengunjungi blog kak ida sendiri iaitu di bekamwanitamelaka.blogspot.com

Semuga diizinkan Allah SWT untuk kita bertemu lagi,wassalam...

Sunday, 11 November 2012

Penyakit Gout dan Rawatan Bekam

Assalamualaikum

Dahulunya ketika masih kecil ana pernah mendengar satu istilah ' penyakit orang kaya'.Sehingga kini barulah ana memahami apa yang yang dimaksudkan dengan penyakit orang kaya ini.
Rupa- rupanya majoriti penghidap penyakit Gout ini adalah terdiri dari mereka yang banyak makan daging, ayam dan makanan laut seperti udang, sotong, siput, kerang dan lain-lain lagi.(gambar untuk hiasan sahaja)
Makanan seperti ini jika dimakan dengan banyak akan meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Pada zaman dahulu mungkin bagi orang kebanyakan untuk menikmati makanan seperti ini secara kerap adalah sukar disebabkan harganya yang agak mahal jika dibandingkan dengan masakan seperti sambal petai, pencuk pucuk ubi, turi masak lemak, gulai nangka dan ulam ulaman seperti jering, petai, ulam raja, tenggek burung dan lain lain lagi justeru itu kita jarang mendengar datuk dan nenek kia diserang penyakit ini, tidak seperti sekarang zaman telah berubah malah makanan yang berprotin tinggi ini telah menjadi sajian utama bagi keluarga kita.
.
Sebenarnya sakit Gout adalah berpunca daripada kristal-kristal asid urik yang terbentuk didalam sendi-sendi.Ia biasanya mula terbentuk di bahagian ibu jari kaki kerana asid urik ini mudah turun dan berkumpul kebahagian itu.

Tindak balas serangan imunisasi badan akan menyebabkan bahagian yang terlibat menjadi radang dan bengkak disertai dengan sakit yang amat sangat.Penyakit Gout ini kebiasaannya akan menyerang pada bila-bila masa tanpa tanda-tanda awal.
Pengambilan ubat-ubat moden hanya akan memberi kesan kesembuhan untuk sementara waktu sahaja.

Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mencegah dari terkena penyakit Gout ini walaupun kadang kala terjadi juga kes dimana serangan Gout ini tetap berlaku kepada mereka yang berhati  menjaga pemakanan mereka.

Mengikut pengalaman ana, InsyaAllah pesakit Gout yang datang menemui ana berpuashati dengan kaedah berbekam ini.Apabila kita berbekam di bahagian terkumpulnya asid urik itu secara langsung kita menyedut keluar terus asid urik tersebut.

Di bahagian kaki biasanya darah yang keluar berbuih-buih menandakan lebihan asid dan angin.Untuk kesembuhan maksima pesakit digalakkan berbekam 3 kali setiap minggu.

Kepada penghidap penyakit Gout boleh terus menghubungi ana untuk mendapatkan rawatan.Semuga dengan ikhtiar rawatan bekam gout ini dapat membantu kita dari kesakitan yang berpanjangan yang mana mungkin menyukarkankan untuk kita beribadah atau mencari rezeki InsyaAllah.

Sekian dari ana untuk semua wassalam...

 
 
 

Saturday, 10 November 2012

Bekam Darah Tinggi

Assalamualaikum

Alhamdulillah bertemu lagi, walaupun kesibukan masa, ana mengambil sedikit kesempatan menjengah blog ini sebentar bagi  memberikan sedikit infomasi berkenaan rawatan bekam untuk penyakit darah tinggi.

Kali ini ana nak bercerita serba sedikit berkenaan penyakit yang amat popular dikalangan masyarakat kita ini iaitu penyakit Darah Tinggi (silent killer) dan keberkesanannya dengan kaedah rawatan bekam sunnah.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.Penyakit Darah Tinggi/Hypertension mula bertapak apabila keadaan seseorang itu didapati bacaan tekanan darahnya pada kedudukan 140/90 mm Hg keatas.Tekanan darah sebegini yang berterusan  akan menyebabkan jantung dipaksa berkerja dengan lebih kuat dari kebiasaannya.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan akan membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Tanpa perlu menolak rawatan moden ana menyeru kepada mereka yang menghidap penyakit darah tinggi ini cubalah amalkan kaedah berbekam ini, lakukanlah secara berkala seperti yang disyorkan perawat bekam.Setelah 3-4 kali rawatan dilakukan anda rasailah sendiri keberkesanannya.

InsyaAllah kalau ikhtiar ini serasi dengan anda secara tidak langsung dapat mengurangkan atau menghentikan penggunaan pil yang dibekalkan yang mana kita sendiri maklum penggunaan pil yang berpanjangan akan mengundang kerosakan pada buah pinggang pula.

 
Kaedah bekam darah ini amat bagus bagi merawat penyakit darah tinggi, migrain dan kencing manis.Ini adalah kerana semasa proses berbekam segala toksin, gula dan darah yang bermasalah yang berada dibawah kulit akan disedut keluar bersama darah bekam.InsyaAllah sembuh.
 
Sekian bicara ana buat kali ini semuga diizinkan Allah SWT kita dapat bertemu lagi, wassalam.