Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Monday 28 October 2013

10 Titik Bekam Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Baginda Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya berbekam kerana baginda S.A.W sendiri mengamalkannya. Menurut beberapa hadis ada menceritakan tentang amalan bekam yang dilakukan baginda S.A.W

Diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah S.A.W maksudnya :

" Baginda  berbekam di kepala ketika baginda melaksanakan ihram kerana merasa pening. Dalam riwayat yang lain kerana sakit yang dirasakan baginda. dalam tulisan yang lain kerana sakit kepala yang dirasakan baginda"   (HR Bukhari, Jilid 1,hadis no 5700, At-Thibb)                                    
                                                                                     

Dari Anas r.a yang berkata maksudnya :

" Rasulullah S.AW pernah berbekam pada Akhda'ain dan bahu baginda" (Sahih Al-Jami' :4927)

Menurut Sahih Ibnu Hibban. At-Thibb : Jilid X111 hal 442, hadis ke 6078, diriwayatkan dar Abu Hurairah bahawa Abu Hind pernah membekam Rasulullah S.A.W pada yafukh. Maka nabi S.A.W bersabda :

 "Wahai segenap kaum Ansar, nikahkanlah Abu Hind dan nikahkan anak kamu dengannya"

Lantas baginda S.A.W bersabda lagi :

"Bila pada pengubatan kamu ada yang terbaik, maka itulah bekam"

Banyak lagi hadis hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kebaikan berbekam yang boleh ditemui namun apa yang dapat ana tampilkan ini hanyalah sekadar penambahan ilmu buat kita semua. Semuga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah S.W.T... Wassalam.



Wednesday 2 October 2013

Jadual Rawatan di Pusat Rawatan Bekam Melaka

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan pengunjung blog yang dikasihi, sekadar peringatan dari ana dibawah ini ana senaraikan semula jadual rawatan di teratak bekam ana.

Rawatan dilakukan mengikut temujanji

Isnin hingga Ahad - 9:00 pagi - 9:00 malam

Rabu - Cuti

Untuk rawatan ke rumah tambahan kos pengangkutan sebanyak RM 20.00 dikenakan tapi sekiranya jumlah yang hendak dibekam melebihi 2 orang tiada kos pengangkutan dikenakan.

Rawatan bekam untuk wanita

Sila hubungi ana 012-3944277 atau kak Ida 013-6903697 untuk temujanji.

Ana berharap dengan adanya usaha ini dapat memudahkan sahabat sahabat diluar sana menentukan kesesuaian waktu untuk mendapatkan rawatan bekam sunnah ini.

Semuga segala usaha rawatan berteraskan sunnah rasulullah S.A.W mendapatkan keberkatan disisi Allah S.W.T. Wassalam..



Tuesday 24 September 2013

Kembali berbicara...

Assalamualaikum

Tanggal 24/09/13 menyaksikan sudah 7 bulan ana tidak mengunjungi blog ini, pada awalnya disebabkan rangkaian internet yang bermasalah kemudian disusuli dengan kesibukan membekam para sahabat yang berhajat. " Encik ada buat bekam lagi ke...?" soalan yang paling biasa ditanyakan kepada ana, mungkin kerana catatan terakhir dalam blog ini pada 23 Februari 2013 menimbulkan pertanyaan sebegini.

Ya...Alhamdulillah ana masih meneruskan usaha rawatan bekam ini,Inshaa Allah selagi terdaya teratak bekam ana dan zaujah ini sentiasa bersedia menerima kunjungan sahabat sahabat yang terpaut hatinya dengan kaedah rawatan sunnah ini.

Pada hari sabtu yang lepas ana bersama zaujah(kak ida) diundang oleh en Azli dan puan Atikah untuk berbekam dirumahnya di kg Melekek Alor Gajah.Setelah selesai diundang pula kerumah bapa mertuanya yang berhampiran.Sesuatu yang diluar jangkaan rupa2nya bapa mertuanya en Ibrahim adalah sahabat lama alhmarhum ayahanda ana.Jutaan terima kasih buat keluarga pakcik Ibrahim diatas layanan baik serta jamuan makan tengahari sekali.

Selama penglibatan ana dan zaujah dalam usaha rawatan bekam ini pelbagai ragam yang sedikit sebanyak terpaksa ana catitkan disini semuga menjadi panduan untuk kita bersama.

1. Bertanya untuk temujanji atau mencari maklumat - Amat2 digalakkan

2. Mohon diadakan kursus bekam - Ana dan zaujah belum bersedia kerana masa yang terhad.

3. Gagal hadir pada masa yang dijanjikan - Kebiasaan berlaku apabila pada masa yang dijanjikan sahabat yang berhajat itu tidak dapat hadir. Sebenarnya ikhlas ana katakan ana tidak marah atau kesal ini tetapi cukuplah diberitahu melalui talipon atau sms, kadang2 tu hampir 1 jam ana menunggu tetapi yang dijanjikan tak kunjung tiba. Pesan ana sekiranya ada hal2 yang tak dapat dielakkan atau tak jadi nak meneruskan hajat, sms saja untuk pembatalan atau dibuat temujanji pada tarikh yang lain. setidak2nya masa yang ada dapat di isi dengan kunjungan sahabat2 yang lain.

4. Bekam Sihir - Soalan yang kerap ditanyakan, untuk rawatan sihir ana menggunakan kaedah Rawatan Islam Darussyifa' itu pun atas permintaan sahabat2, tidak sekali2 menggunakan kaedah bekam.Namun bukan ana menafikan kaedah bekam sihir ini kerana keluasan ilmu Allah S.W.T tiada bandingan cuma bukan amalan diteratak bekam  ana.

Diakhir bicara ribuan terima kasih diatas kunjungan dan undangan berbekam kepada sahabat2 diluar sana, tak dapat nak dicatat namanya. Semuga Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik dan kepada yang diuji pelbagai penyakit ditemukan penawarnya. Wassalam

Saturday 23 February 2013

Terima kasih untuk segalanya...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi yang telah memberi sedikit kekuatan kepada ana untuk terus memberi khidmat rawatan bekam dan rawatan islam bagi memenuhi permintaan untuk sahabat sahabat yang berhajat.

Kelmarin ana dijemput oleh En Sha ke sebuah apartment untuk berbekam, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih untuk En Sha diatas layanan baik dan sudi bersembang sambil berkongsi pengalaman. Semuga Allah S.W.T membalas segala kebaikan En Sha dengan keberkatan dalam kehidupan pada setiap detik yang bakal dilalui...harapan ana satu ketika nanti dapatlah dipertemukan semula dengannya in syaa Allah...

Keesokan harinya pula dapat panggilan telefon untuk merawat di Hospital Besar Melaka. Kes pertama seorang gadis yang telah koma hampir 2 bulan tetapi telah mula sedar sehari sebelum ana datang merawat. Sebenarnya ana adalah perawat Darussyifa yang kedua datang mengunjunginya. Begitulah rutin bagi kami yang sentiasa berusaha memenuhi permintaan dari pesakit mengikut kesesuaian waktu masing masing.

Sebelum sempat melangkah keluar dari bilik ICU tangan ana disambar oleh seorang pemuda yang meminta mendoakan ayahnya yang terlantar di wad bersebelahan. Semuga Allah memberi kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan pelbagai penyakit ini.
Dibawah ini ana titipkan salah satu doa yang boleh diamalkan ketika kita diuji dengan penyakit.

 
Kepada sahabat sahabat yang kadangkala merasa resah atau hati berdebar debar digalakkan juga mengamalkan doa dibawah ini.
 

Begitu juga dengan mengamalkan doa dibawah ini dibaca sebanyak mungkin sebaiknya dijadikan zikir...



  Semuga dengan perkongsian kali ini dapatlah memberi sedikit menafaat kepada semua pengunjung blog ana ini. Ana cuma memanjang ilmu yang pernah ana pelajari satu ketika dahulu, semuga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita hendaknya...wassalam.

Sunday 17 February 2013

Ikhtiar Penawar Darah Tinggi, Kencing manis, Gout dan Kolestrol

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan keizinanNya dapat kita bertemu lagi dan semuga kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yang baik. Entri kali ini ana ingin memperkenalkan kepada sahabat sahabat sejenis bahan kekacang yang telah diamalkan sejak turun temurun untuk mengubati penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Ghout, dan Kolestrol berlebihan dalam badan dengan izin Allah S.W.T iaitu kekacang yang didapati dari buah Tunjuk Langit

Apabila mengetahui khasiatnya seperti yang diajar oleh salah seorang orang lama Darussyifa' ana mula mencari bahan ini sehinggalah diberi oleh bapa saudara ana ketika singgah minum dikedai kopi miliknya.Teruja sungguh hati nak mencuba tapi apabila dikunyah terasa pahit yang amat sangat hinggakan 2 gelas air tebu pun belum dapat menghilang rasa pahitnya. Terbantut hasrat untuk menjadikannya salah satu makanan kesihatan.

Minggu lepas ana ada terbaca dalam FB tentang produk Kapsul Tunjuk Langit tanpa berlengah ana terus menghubungi pengeluar produk ini, melihat testimoni dari pesakit yang menampakkan keberkesanannya ana terus bersetuju untuk menjadi pengedar pertama di negeri Melaka.
Bukan keuntungan yang menjadi keutamaan tetapi ana membeli produk ini diri ana sekeluarga dan juga kepada sahabat sahabat yang pernah sampai teratak bekam ana dan juga pengunjung blog ana sekiranya memerlukannya.


Produk ini dihasilkan oleh syarikat Kyuju Herbs and Health dari Johor, harga sebotol RM 60.00 mengandungi 60 biji kapsul. Peraturan mengambil ubat ini ialah bagi yang telah disahkan menghidap penyakit seperti yang dinyatakan hendaklah mengambilnya sebanyak 2 kapsul sehari iaitu sebiji disebelah pagi dan sebiji pada sebelah malam. In syaa Allah dalam tempoh 2 minggu - 4 minggu dapat dilihat kesannya.Bagi mereka yang berikhtiar untuk mencegah disarankan untuk mengambil 1 biji kapsul 2/3 hari sekali (seminggu 3 biji kapsul) Kepada pengamal kapsul Tunjuk Langit ini digalakkan meminum 8 gelas air setiap hari untuk membantu menyingkir bahan yang akan dibuang melalui saluran kencing.

Kepada yang berminat boleh menghubungi ana kerana stok pada ana hampir habis dan akan dioder sehari dua lagi. Untuk maklumat lanjut boleh search dalam FB taip Kapsul Tunjuk Langit- Mahogany Capsule.

Sekian sahaja buat kali ini dari ana wassalam...

 

Monday 4 February 2013

Rawatan Resdung kaedah bekam dan kaedah kain lilin

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah juga kita bertemu lagi,dengan keterbatasan waktu ana cuba untuk memberi sedikit maklumat tentang satu penyakit yang agak popular dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit Resdung.

Melalui pelbagai sumber rujukan, ana cuba untuk menerangkan seringkas mungkin agar mudah difahami oleh sahabat sahabat ana diluar sana yang mungkin telah lama menghadapi masalah ini.Semuga dengan sedikit penerangan ini dapat membantu.

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan hidung yang memilki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.



Tanda-tanda mengidap Resdung

Hidung selalu tersumbat, Keluar lendir dari hidung dan tekak, Sakit atau rasa berat muka terutamanya pada bahagian antara mata, Sakit tekak yang berpanjangan, Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan dan berulang, Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Menurut pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan  

"Salah satu punca penyakit Resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini pada setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dalam sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria"

Rawatan Resdung menggunakan kaedah bekam

Berbekam disekitar muka mengikut point point yang ditetapkan InsyaAllah dapat menyembuhkan masalah resdung dan jerawat secara maksimum kerana darah kotor telah dikeluarkan dan renegerate hormon akan aktif pada tempat yang dibekam.Fungsi renegerate hormon adalah memperbaiki segala masalah kepincangan organ/tisu pada tempat yang dibekam.

Titik bekam Resdung pada bahagian muka dan belakang badan

 
 
Rawatan penyakit Resdung menggunakan kaedah Darussyifa'
 
Amalan rawatan resdung ini antara yang diakui keberkesanannya dan langsung tidak menyakitkan.   Ana mempelajari kaedah ini ketika mengikuti kuliah yang disampaikan oleh ustaz Abd Rashid yang didatangkan dari dari Darussyifa' Bangi.
 
Bahan yang digunakan
 
1. Air yang didoakan
2. Kain lilin
 
Kombinasi doa
 
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Isra' ayat 82
 
Kepada sahabat sahabat diluar sana yang merasa agak gementar dengan kaedah tusukan jarum bolehlah menghubungi ana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan resdung menggunakan kain lilin ini.
 
Ana berhenti buat setakat ini dahulu semuga kehidupan kita sentiasa diberkati Alllah S.W.T
Wassalam...