Assalamualaikum
Tanggal 24/09/13 menyaksikan sudah 7 bulan ana tidak mengunjungi blog ini, pada awalnya disebabkan rangkaian internet yang bermasalah kemudian disusuli dengan kesibukan membekam para sahabat yang berhajat. " Encik ada buat bekam lagi ke...?" soalan yang paling biasa ditanyakan kepada ana, mungkin kerana catatan terakhir dalam blog ini pada 23 Februari 2013 menimbulkan pertanyaan sebegini.
Ya...Alhamdulillah ana masih meneruskan usaha rawatan bekam ini,Inshaa Allah selagi terdaya teratak bekam ana dan zaujah ini sentiasa bersedia menerima kunjungan sahabat sahabat yang terpaut hatinya dengan kaedah rawatan sunnah ini.
Pada hari sabtu yang lepas ana bersama zaujah(kak ida) diundang oleh en Azli dan puan Atikah untuk berbekam dirumahnya di kg Melekek Alor Gajah.Setelah selesai diundang pula kerumah bapa mertuanya yang berhampiran.Sesuatu yang diluar jangkaan rupa2nya bapa mertuanya en Ibrahim adalah sahabat lama alhmarhum ayahanda ana.Jutaan terima kasih buat keluarga pakcik Ibrahim diatas layanan baik serta jamuan makan tengahari sekali.
Selama penglibatan ana dan zaujah dalam usaha rawatan bekam ini pelbagai ragam yang sedikit sebanyak terpaksa ana catitkan disini semuga menjadi panduan untuk kita bersama.
1. Bertanya untuk temujanji atau mencari maklumat - Amat2 digalakkan
2. Mohon diadakan kursus bekam - Ana dan zaujah belum bersedia kerana masa yang terhad.
3. Gagal hadir pada masa yang dijanjikan - Kebiasaan berlaku apabila pada masa yang dijanjikan sahabat yang berhajat itu tidak dapat hadir. Sebenarnya ikhlas ana katakan ana tidak marah atau kesal ini tetapi cukuplah diberitahu melalui talipon atau sms, kadang2 tu hampir 1 jam ana menunggu tetapi yang dijanjikan tak kunjung tiba. Pesan ana sekiranya ada hal2 yang tak dapat dielakkan atau tak jadi nak meneruskan hajat, sms saja untuk pembatalan atau dibuat temujanji pada tarikh yang lain. setidak2nya masa yang ada dapat di isi dengan kunjungan sahabat2 yang lain.
4. Bekam Sihir - Soalan yang kerap ditanyakan, untuk rawatan sihir ana menggunakan kaedah Rawatan Islam Darussyifa' itu pun atas permintaan sahabat2, tidak sekali2 menggunakan kaedah bekam.Namun bukan ana menafikan kaedah bekam sihir ini kerana keluasan ilmu Allah S.W.T tiada bandingan cuma bukan amalan diteratak bekam ana.
Diakhir bicara ribuan terima kasih diatas kunjungan dan undangan berbekam kepada sahabat2 diluar sana, tak dapat nak dicatat namanya. Semuga Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik dan kepada yang diuji pelbagai penyakit ditemukan penawarnya. Wassalam
No comments:
Post a Comment