Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan keizinan Allah.Pagi ni keluar agak lewat sikit bawa anak anak pergi bersarapan roti telur bersalut telur.Agak menghairankan dan untuk pertama kali kami menikmati juadah seperti ini, rasa macam murtabak pun ada.Memang sedap dan harga pun agak munasabah.Selepas besarapan terus ke klinik Darussyifa di Sg Rambai, pada awalnya ana hanya bercadang nak beli kapur kerang dari ustaz Ahmad kerana ada pesakit ana yang berhajat.Nak merawat rasanya tak larat sebab badan pun belum pulih sepenuhnya tapi sampai saja di pintu hadapan ustaz Md Delan dah hulurkan borang pesakit untuk ana rawat.Ana hanya tersenyum dan bermohon perlindungan dari Allah dan berharap diberikan kekuatan,dengan izinNya dapatlah ana merawat 5 orang pesakit.
Lepas merawat bersama anak anak meronda disekitar kolam pancing milik koperasi Darussyifa' yang terletak bersebelahan klinik rawatan.Dapatlah ana ambil beberapa keping gambar untuk tatapan semua.Semuga bagi kaki pancing dapat sedikit maklumat dari blog ana ini...
Cuaca yang baik dan pemandangan yang menarik di tepian kolam pancing
Kebetulan bertemu dengan seorang pemancing tegar baru mendapat hasil seekor Siakap
Siakap yang beratnya hampir 1 kilo berjaya dinaikkan oleh pemancing
Semuga segala maklumat yang ana paparkan dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog ana kelak.Semuga bertemu lagi...wassalam.
No comments:
Post a Comment