Musim cuti sekolah ni memang agak sibuk, jadi kenalah bahagikan masa antara tugas utama harian,merawat dan membekam.Dalam masa yang sama ana pun tak berapa sihat seminggu dua ni.Ramai yang call ana bertanyakan perihal bekam ni,macamana nak mendapatkan perkhidmatan dan berapa pula bayaran yang dikenakan.Kebiasaannya ana membekam 9 point utama dengan harga RM 45.00.Ada juga meminta ana datang kerumah, pun boleh juga cuma ana meminta tambahan kos pengangkutan anatara RM 10 - RM 15 untuk rawatan dalam Melaka.
Titik Bekam untuk penyakit Asma
Seperkara yang amat menggembirakan ana ialah kesedaran masyarakat Islam kini kembali menghidupkan kaedah rawatan yang pernah digunakan oleh junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.Cuma apa yang kita perlu sedar ikhtiar dari kita kesembuhan itu mutlak dari Allah S.W.T, apabila kita mendapatkan rawatan jangankah selalu bertanya bila nak sembuh kerana secara tidak langsung kita mempertikaikan takdir yang ditentukan Allah S.W.T apa yang penting kita tidak berputus asa dan terus istiqomah semuga kesakitan yang kita tanggung ini turut mengundang pahala atas kesabaran kita insyaAllah...
No comments:
Post a Comment