Bersyukur keatas kurnia Allah yang tidak terhingga, sehinggakan setiap tarikan dan hembusan nafas ini terasa terlalu nikmat yang tidak ternilai walaupun dengan apa bentuk sekalipun dimuka bumi ini.Begitulah kasih sayang Allah terhadap hambanya.Apalagi disaat merenung kejadian kejadian yang telah ditakdirkan keatas kita, segelintir hambanya yang sihat diduga dengan penyakit dan ada pula hambanya yang sakit diberikan kesembuhan.Segala yang tersurat pasti ada yang tersirat, kepada yang sedang menghadapi penyakit bersabarlah...dan kepada yang telah sembuh bersyukurlah...apa yang penting kita sentiasa berikhtiar mencari penawar penyakit menurut apa yang dibenarkan syarak.Yakinlah janji Allah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali Maut...
Minggu lepas anakanda sulong ana Muhammad Munir pulang bercuti dari pengajiannya di Darul Quran.Ketika berbual, dia mengadu kebelakangan ini dia sering sakit kepala dan meminta untuk dibekam.Keesokan harinya ana terus melakukan terapi bekam dibahagian kepalanya.Sekeping dua gambar buat tatapan semua...
Bahagian atas kepala dipam terlebih dahulu
Darah kotor mula keluar dari bahagian yang bermasalah
Darah kelihatan agak pekat seperti Jelly
Sebahagian dari sisa darah yang berjaya dikeluarkan...Alhamdulillah
Kesannya....? Dengan izin Allah S.W.T sehingga hari ini anakanda ana tidak lagi diserang sakit kepala.Semuga Allah memberkati ikhtiar rawatan sunnah ini dan diberi kemudahan kepada anakanda ana untuk terus menghafaz kalam Allah dengan lancar InsyaAllah...
Sebenarnya telah ramai yang ana rawat melalui kaedah terapi bekam ini tapi ana tidak post gambarnya kerana ana tidak sempat meminta keizinan dari pemilik gambar tersebut, jadi setiap gambar bekam pesakit itu ana simpan sebagai rekod rawatan.
Semuga Allah mengizinkan kita bertemu lagi...InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment