Assalamualaikum
Alhamdulillah ...syukur kehadratNya dapat lagi rasanya ana menatap monitor ini untuk mencatatkan serba sedikit nukilan perjalanan hidup yang mana semuga menjadi ingatan khususnya kepada diri ana sendiri dan juga kepada sesiapa sahaja yang sudi menatap blog ana ini.
Semalam ana dikunjungi pelajar dari salah sebuah intitut pengajian tinggi di bandar Melaka yangmana sehari sebelumnya telah pun membuat temu janji untuk berbekam. Bila ditanyakan masalahnya beliau menunjukkan tanda tanda dibelakangnya hingga ke kaki seperti terkena penyakit campak.Menurut doktor ini disebabkan alahan yang dialaminya. Terus ana membekam sebanyak 9 point utama.Darah yang keluar agak kehitaman dan melekit.
Siap proses membekam ana meminta anak ana membelikan sebiji kelapa muda dan berbekalkan sebotol air doa Darussyifa, ana mendoakannya mengikut kaedah yang telah ana pelajari.Ini sahaja hadiah yang dapat berikan kepada beliau,semuga beliau diberikan kesembuhan dari Allah SWT, sentiasa bersabar dan tidak berputus asa mengubati penyakit yang hadapi sehingga sembuh.
Bila bercerita mengenai pelajar dari pusat pengajian tinggi ni, ana sering didatangi mereka yang meminta untuk dirawat. Pelbagai pemasalahan yang diluahkan seperti hilang mood nak study,putus cinta,gangguan,sukar tidur malam, histeria dan lain lain lagi. Ana rasa gembira bukan kerana mereka bertemu ana tapi kerana mereka dapat berfikir secara waras untuk memilih rawatan Islam dan tidak mengambil tindakan terburu buru menamatkan pembelajaran mereka atau mencari altenatif lain seperti menelan pil tidur,ectassy,syabu dan lain lain bahan yang terlarang.
Pesanan ana buat adik adik diluar sana sekiranya didatangi dugaan atau musibah, kembalilah kepada Islam baik dari segi peraturan hidup, ibadah dan juga rawatan InsyaAllah. Sebagaimana yang kita ketahui Allah amat mengasihi hambanya yang kembali kejalan yang benar.
Tiada apa lagi yang dapat ana catitkan biarlah ana akhiri buat sementara waktu... wassalam.
No comments:
Post a Comment