Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Wednesday, 15 February 2012

Yang tak sepatutnya...

Assalamualaikum...
Pembuka bicara ana memanjat rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah dan juga kemudahan hidup sekeluarga sedangkan kiranya dibandingkan dengan amalan yang teramat sedikit rasanya tidak layaklah bagi ana untuk mengecapi segala nikmat sebegini.Begitu juga buatmu Rasulullah sempena menyambut detik peristiwa kelahiranmu maka amat terasa mulianya pengorbananmu demi menyelamatkan umatmu dari terus tersesat dalam kecelaruan dan tersasar dari tujuan.Tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya umatmu ini tidak dipandu oleh agama Islam yang dibawa olehmu.Sudah barang tentu kami ini terus bergelumang dalam kemungkaran dan betapa huru haranya dunia ini jadinya.Terima kasih Ya Rasulullah... semuga kami semua mendapat syafaat darimu kelak..

Sepanjang pengalaman ana sebagai perawat serpihan ni, sering ana menemui beberapa peristiwa yang agak pelik yang mana kadang kadang hinggakan mencarik kesabaran ana yang daif ini.Namun ana amat mengerti situasi si pesakit dan keluarganya yang mungkin terlalu lama menghadapi dugaan dari Allah SWT.Ketika berhadapan dengan mereka ini ana memang sudah dapat mengagak apakah soalan yang akan keluar dari mulut mereka, kebiasaannya tepat...

1. Ustaz ada berapa ekor jin dalam badan saya ni...
2.Tolong tengokkan siapa yang buat saya...
3.Saya ada saka turun dari mak ni...
4.Ustaz jiran sebelah tu pandang semacam je entah2 dia yang sihir saya kot...

Bagaimana nak jawab...?

Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku dizaman Rasulullah S.A.W ketika tiba sekumpulan manusia bertemu dengan nabi S.A.W, mereka menyangka baginda mengetahui perkara2 yang ghaib,lalu mereka menyembunyikan sesuatu didalam tangan mereka dan bertanya " beritahu kami apa benda yang berada didalam tangan kami?" Lantas baginda S.A.W menjawab dengan jelas " Aku bukanya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang ghaib,sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara yang ghaib) berada dalam neraka" Hadis Riwayat : Tirmidzi

Pelbagai lagi persoalan yang biasa didengar.Bagi ana apa yang penting apabila berhadapan dengan mereka ini adalah bertanyakan pemasalahan mereka, memberikan sedikit kata-kata peransang, memilih ayat Al Quran serta doa dan bahan2 yang besesuaian bagi mengubati penyakit mereka.
Kesilapan yang sering berlaku mereka menyangka kesembuhan itu berada ditangan perawat. Perkara begini yang sering ana terangkan kepada mereka agar sedar usaha dan ikthiar itu datang dari kita dan kesembuhan itu milik mutlak Allah SWT semata-mata.
Semuga dengan sedikit catatan ana dapat memberi peringatan khususnya buat diri ana dan rakan rakan yang sudi membaca blog ana ini. Wassalam....

No comments:

Post a Comment