Alhamdulillah saat ini ana masih lagi diberikan secebis kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menulis lagi didalam blog ana ini. Salam penuh kecintaan buat Rasulullah SAW semuga kita semua mendapat syafaat di padang masyar kelak. Buat ibu, isteri dan anak anak tersayang terima kasih ana ucapkan kerana sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada ana untuk terus memberikan perkhidmatan rawatan bekam dan rawatan islam ini kepada insan insan yang memerlukan...
Rasanya masih belum terlambat untuk ana mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ana, kepada insan insan yang pernah mendapatkan perkhidmatan ana atau yang pernah membaca blog ini ana memohon jutaan keampunan sekiranya ada salah dan silap ana sepanjang perkenalan samada ana sedari atau tanpa ana sedari...
Semuga hari hari mendatang yang bakal kita hadapi sentiasa diberkatinya InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment