Dengan ruang masa yang terbatas ini ana mengambil kesempatan untuk berbicara serba sedikit tentang perkembangan teratak rawatan bekam yang ana usahakan selama ini.Sebelum itu ana memohon kepada Allah SWT agar kita semua semua sentiasa mendapat taufik dan hidayah dan sentiasa diberikan rahmatNya serta salam buat rasulullah SAW.
Sepanjang Ramadan yang lepas ana mengambil kesempatan melakukan kerja kerja ubah suai bilik rawatan bekam ana untuk sedikit keselesaan kepada pengunjung. Sebenarnya ukuran bilik tidaklah terlalu luas tetapi cukuplah sekadar menampung 4 orang pengunjung pada satu satu masa.
Di bawah ini ana paparkan beberapa gambar suasana dibilik bekam yang terlalu amat sederhana ini.
Suasana bilik bekam dan rawatan islam
Peralatan yang digunakan untuk membekam
Buat pengetahuan para pengunjung blog ana waktu rawatan bekam dan rawatan islam di tempat ana adalah seperti berikut :
Waktu rawatan
Mengikut temujanji: Isnin hingga Ahad ( kecuali hari rabu )
Sesi pagi : 10:00 pg - 12:00 tghari
Sesi petang : 5:00 ptg - 6:30 ptg
Sesi malam : 8:00 mlm - 10:00 mlm
Caj Perkhimatan: RM 50.00 untuk 10 point bekam.
( point penyakit + point kesihatan )
Perkhidmatan ke rumah: Sekitar Melaka - RM 10.00 - RM 20.00
( tambahan untuk kos pengangkutan)
Bagi sesiapa yang berminat untuk menjalani rawatan bekam sunnah dan rawatan islam ini boleh menghubungi ana ( 012 - 3944277 ) untuk membuat temujanji.Sebarang pertanyaan adalah sangat dialu alukan.
Semuga dengan izin Allah satu hari nanti dapat kita bersua muka dan bersembang panjang sambil bertukar tukar fikiran InsyaAllah..
Semuga bertemu lagi...Wassalam
No comments:
Post a Comment