Yang dikasihi dan disanjungi

Yang dikasihi dan disanjungi
YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Sunday, 5 June 2016

Hukum Berbekam Ketika Berpuasa.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1 Ramadan 1437

Assalamualaikum

Alhamdulillah....syukur kami panjatkan kepadamu ya Allah kerana masih lagi mengizinkan kami berada dibulanmu yang mulia ini, bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang dijanjikan segala ibadah yang dilakukan akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda darimu ya Allah....
Juga kami bermohon darimu ya Allah lindungilah kami dari melakukan apa saja perbuatan yang mendatangkan kemarahan dan kebencianmu terhadap kami, pandanglah kami dengan belas kasihanmu ya Allah...kasih sayangmu ya Allah...rahmatmu ya Allah...kami mohonkan
juga darimu ya Allah jadikanlah ibadah puasa kami kali ini lebih baik dari ibadah puasa kami sebelumnya ya Allah...amin ya robbil 'alamiinn..

Dikesempatan yang ada ini, saya Rahimi dan zaujah saya Rosidah ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang kami lakukan sepanjang tuan2 dan puan2 menjalani rawatan bekam ditempat kami....


HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari

2.

رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة

“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”

Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”

PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.

DALIL PENDAPAT INI:

1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.

Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:

“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

Jawapan dr ULAMA JUMHUR

“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).

KESIMPULAN

Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:

أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.

“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”

Hadis sahih Bukhari.

Kredit  kepada pihak Darulilmi diatas perkongsian ilmu.

Rahimi   - 01113034367 / 01132931649 (Lelaki)
Rosidah - 01123856096 (Wanita)



Saturday, 6 February 2016

2016 mengorak perubahan

Assalamualaikum

Salam penuh keikhlasan saya hulurkan buat sahabat2 semua dan tak lupa juga untuk pengunjung baru blog saya yang tidak seberapa ini. Semuga perkenalan di alam siber ini akan menjurus kepada pertemuan diantara kita yang mana akan terbinalah persahabatan sesama kita in shaa Allah.

In shaa Allah 2016 telah dan akan berlaku sedikit perubahan pada operasi rawatan bekam sunnah di tempat kami, diantaranya ialah -

 Penetapan no hp saya (Rahimi) untuk dihubungi  01113034367/01132931649 dan untuk isteri saya puan Rashidah masih guna no hp yang lama 01123856096.

* saya telah menamatkan talian 0123954277*

Jadual rawatan bekam untuk wanita
 
    Isnin - Jumaat

    5:00 petang - 6:30 petang
    8:00 malam - 10:00 malam

    Sabtu & Ahad

    10:00 pagi - 10:00 malam

   Rawatan bekam untuk kaum lelaki
 
     Isnin - Ahad

    10:00 pagi - 10:00 malam.


   Ok rasanya cukup setakat ini saya berbicara semuga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah SWT disamping diberi kesihatan yang baik mudah mudahan bertambah amal kebajikan kita in shaa Allah...

Sunday, 29 November 2015

Bekam Resdung dan Merawat Jerawat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan keizinan Allah S.W.T bertemu lagi lagi kita diblog ini, semuga pertemuan kali ini dapatlah saya berkongsi serba sedikit maklumat tentang rawatan bekam di tempat saya.

Antara jenis rawatan bekam yang kerap dilakukan di tempat kami ialah rawatan bekam untuk Resdung dan masaalah Jerawat. Untuk kes2 sebegini kebanyakan yang datang mendapatkan rawatan ialah para remaja2 yang terdiri dari student2 dari Uitm, Politeknik, Utem, KUIM dan kolej2 sekitar negeri Melaka.

Memang agak ngeri bila mendengarkan teknik rawatan ini memerlukan bekam dibahagian wajah tapi agak menghairankan rawatan ini menjadi pilihan utama mereka, mungkin setelah merasakan keberkesanan dan melihat perubahan yang positif pada wajah maka mereka sanggup melakukannya tanpa ragu2 lagi.

Cadangan waktu yang sesuai untuk memulakan rawatan bekam diwajah ini ialah :-

1. Sekiranya tiada sebarang aktiviti pada hujung minggu (sabtu dan ahad) rawatan boleh dilakukan pada hari Jumaat.

2. Rawatan juga elok dilakukan semasa cuti semester.

3. Memang sedang bercuti.

Pada kebiasaannya kesan2 berbekam dipipi akan hilang dalam tempoh sehari dan kesan didahi akan mengambil masa 1 - 2 hari untuk hilang.

Setelah melakukan berkali-kali kaedah ini kami dapat melihat keberkesanannya dengan mata kami sendiri dan tanpa ragu-ragu mengesyorkan kepada teman2 pengunjung blog ini untuk mencuba kaedah ini.

Sila lihat contoh gambar anakanda kami mendapatkan rawatan bekam resdung & rawatan menghilangkan jerawat.

Cup diletakkan pada kawasan yang banyak ditumbuhi jerawat halus yang sebenarnya agak kasar apabila disentuh menggunakan tangan.
                               















Darah kotor dari permukaan kulit mula keluar dengan banyaknya.

















Darah kotor antara penyebab utama Resdung & Jerawat.

Alhamdulillah...semuga dengan adanya sedikit infomasi ini dapat memberi gambaran sebenar teknik  rawatan resdung dan jerawat menggunakan kaedah bekam.

Anakanda kami Nurhalim kini berada di bumi para anbiya' Jordan menyambung pembelajarannya dan terima kasih kerana sudi mengizinkan gambarnya dipamerkan dalam blog ini. Wassalam...

7

Tuesday, 20 January 2015

Jadual Rawatan Bekam 2015

Assalamualaikum

Mudah-mudahan kita dapat menjalani kehidupan lebih sihat dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T hendaknya...

Kepada semua sahabat2 dan pengunjung blog, dibawah ini saya ada tempelkan jadual rawatan bekam di teratak bekam saya. Semuga dapat memudahkan urusan rawatan untuk kita semua.

Rawatan Bekam Untuk Wanita.

Isnin - Jumaat : 08:00 malam - 10:00 malam

Sabtu & Ahad  : 09:00 pagi - 10:00 malam

Rawatan Bekam Untuk Lelaki.

Isnin - Ahad : 09:00 pagi - 10:00 malam

Rabu - Cuti (Melainkan untuk kes2 yang memerlukan rawatan segera)

Untuk permintaan rawatan bekam di teratak bekam kami dan rawatan ke rumah, sila buat temujanji lebih awal.

Sekian sahaja untuk pertemuan kali ini, semuga kita dipertemukan dimasa akan datang. Wassalam...

Tuesday, 9 December 2014

Ziarah Bekam ke Kuantan Pahang.

Asssalamualaikum      

Dengan lafaz kalimah Bismillahirramanirrahim saya mulakan catatan mengenai sedikit pengalaman aktiviti membekam lebih lebih lagi setelah sekian lama meninggalkan blog ini dek kesibukan yang seperti tiada penghujungnya.  

Alhamdulillah permintaan berbekam semakin meningkat, secara tak langsung sambutan sebegini menjadi tanda aras bahawa masyarakat islam telah kembali kepada amalan sunnah. Sedikit pesanan dari saya sebelum datang berbekam berniatlah didalam hati untuk melakukan sunnah Rasulullah S.A.W. Semuga Allah memberikan kesembuhan kepada penyakit yang kita alami...

Beberapa bulan yang lepas yang lepas saya bersama isteri ke Tg Lumpur, Kuantan Pahang. Tujuan utama ialah untuk menziarahi anakanda kami Nurhalim yang belajar disana. Sebelum kedatangan kami anakanda dah berpesan bawa alatan bekam.  
Pada awalnya saya merasa agak pelik sampaikan hari yang sepatutnya kami bercuti pun masih nak kena bawa alatan bekam. Menurutnya ada seorang dua kawan - kawannya nak mencuba berbekam. Oklah ikutkan ajalah...            

Sampai di Kuantan cari penginapan terlebih dahulu...rehatkan badan di hotel Mega View yang terletak betul betul di tepian sungai Pahang. Selepas asar bergerak ke Tg Lumpur menuju kediaman anakanda kami di kampus mahasiswa.

         











Pemandangan dari tingkap hotel waktu siang dan malam amat mengasyikkan

Setibanya disana disambut oleh rakan rakan mahasiswa yang lain. Tak boleh tunggu lama lama terus melakukan kerja kerja membekam sambil dibantu anakanda kami. Selesai membekam lewat petang. Malam kena datang lagi untuk menunaikan hajat mahasisiwi pula, tugas puan isteri le pulak. Cup x cukup 10 orang cuma dapat sorang 3 cup aja. Kata isteri riuh rendah gelagat putri - putri jurusan Syariah  Ekonomi & Perbankan Islam anjuran Mara ni.

          
























Pada awalnya yang nak berbekam 2-3 orang rupa-rupanya lebih 10 orang yang berhajat

Lebih kurang pukul 10:30 malam siap segala tugasan. Sebelum pulang ke hotel singgah makan di kedai ikan bakar Ana Petai. Memang terbaik dan terjamin kesegaran ikan dan sotongnya.
walau saya sendiri tinggal dikawasan yang terkenal dengan produk ikan bakar tetapi sesekali pekena ikan segar ditempat orang memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hantar semula anakanda kami ke kampus kediamannya dan sampai di hotel pukul 12:30 malam.

  













Sebelum melelapkan mata isteri bertanya satu soalan yang tak dapat saya jawab sehingga kini..." Bang...kita ni bercuti ke bekerja?" Hihihi..entahlah memang dah nasib badan...kata saya.

Ada satu perasaan yang tak dapat dinafikan kami berdua ialah 'kepuasaan' apabila dapat memenuhi permintaan kepada yang berhajat, cuma kali ni saya terpaksa menanda tangani satu perjanjian dari puan isteri, kalau nak bercuti jangan sama sekali bawa peralatan bekam.    

Cukuplah setakat ini coretan dari saya, salam penuh ingatan dari kami berdua buat pengunjung2 yang datang ke teratak bekam kami dan kepada yang mengunjungi blog ini.


Friday, 4 July 2014

AHLAN YA RAMADHAN


 Bismillahirrahmanirrahim, hari ini tanggal 4 Julai 2014 menandakan telah genap 6 hari umat Islam di seluruh  Malaysia menjalani ibadah puasa bagi tahun 1435 H/2014 M. Maka, di kesempatan ini, saya Rahimi bin Abd Razak serta zaujah Rosidah binti Yasir ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh pengunjung blog ini serta kepada seluruh pengunjung teratak bekam kami berdua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu serta diharapkan jua ia dapat menjadi wasilah buat kita semua untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik Insya Allah.

 Pada bulan Ramadhan ini, kami masih menjalankan rawatan bekam seperti biasa tetapi pada sebelah malamnya bemula selepas jam 10.15 malam(selepas solat tarawih). Sekiranya berhajat, bolehlah menghubungi saya melalui sms/call/whatsapp di nombor 012-3944277.

Monday, 28 October 2013

10 Titik Bekam Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Baginda Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya berbekam kerana baginda S.A.W sendiri mengamalkannya. Menurut beberapa hadis ada menceritakan tentang amalan bekam yang dilakukan baginda S.A.W

Diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah S.A.W maksudnya :

" Baginda  berbekam di kepala ketika baginda melaksanakan ihram kerana merasa pening. Dalam riwayat yang lain kerana sakit yang dirasakan baginda. dalam tulisan yang lain kerana sakit kepala yang dirasakan baginda"   (HR Bukhari, Jilid 1,hadis no 5700, At-Thibb)                                    
                                                                                     

Dari Anas r.a yang berkata maksudnya :

" Rasulullah S.AW pernah berbekam pada Akhda'ain dan bahu baginda" (Sahih Al-Jami' :4927)

Menurut Sahih Ibnu Hibban. At-Thibb : Jilid X111 hal 442, hadis ke 6078, diriwayatkan dar Abu Hurairah bahawa Abu Hind pernah membekam Rasulullah S.A.W pada yafukh. Maka nabi S.A.W bersabda :

 "Wahai segenap kaum Ansar, nikahkanlah Abu Hind dan nikahkan anak kamu dengannya"

Lantas baginda S.A.W bersabda lagi :

"Bila pada pengubatan kamu ada yang terbaik, maka itulah bekam"

Banyak lagi hadis hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kebaikan berbekam yang boleh ditemui namun apa yang dapat ana tampilkan ini hanyalah sekadar penambahan ilmu buat kita semua. Semuga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah S.W.T... Wassalam.